
Yun Zhou memasuki istana semula dari pintu yang sememangnya dibuka untuk tetamu yang hadir pada hari tersebut. Para tetamu asyik berbicara sesama sendiri sementara menunggu para tetamu lain yang hadir.
Kehadiran Yun Zhou ketika memasuki istana menarik perhatian orang ramai. Yun Cheng juga begitu, dia asyik berbual dengan rekannya dan turut mengalihkan pandangannya kepada Yun Zhou apabila melihat pandangan banyak orang tertuju pada satu tempat. Dia kemudian nya memanggil Yun Zhou dan memperkenalkan putra nya itu kepada rekan-rekan nya.
“Yun'er perkenalkan ini Lin Ma patriak klan Lin salah satu dari empat pilar kekaisaran jia. Lin Ma perkenalkan ini putraku Yun Zhou.”
“Salam, patriak Lin Ma. ”
“Hahahaha kau tidak perlu seformal itu. Yun Cheng beruntung juga kau memiliki putra yang tampan ini. Lihat itu pandangan semua orang tertuju padanya. ”
“Patriak Lin Ma terlalu memuji ku. ” (Yun Zhou.)
“Yun Zhou perkenalkan ini putraku namanya Lin Lantian dan ini putriku Lin Cing Tan. ”
Patriak klan Lin kemudian nya memperkenalkan putra dan Putri nya kepada Yun Zhou. Mereka pun bertukar hormat dan salam dan berbual serba sedikit tentang hal kesukaan dan sebagainya. Tiba-tiba..
“Lihat lah siapa itu, Yun Cheng rupanya. ”Chu Yang.
“Hahahaha, Chu Yang lama tidak jumpa terakhir kali ketika perang antara kekaisaran. ” Yun Cheng.
“Hahahaha, siapakah pemuda berambut merah ini? apakah dia datang dengan kau? ” Chu Yang.
“Perkenalkan ini putra aku. Yun'er perkenalkan dirimu. ”
“Namaku Yun Zhou putra Yun Cheng. ” Yun Zhou.
Yun Zhou tidak memberi salam kepada Chu Yang kerana dia menyedari bahawa Chu Yang menggunakan nada yang menghina kepada ayahnya mungkin kerana dia menganggap Yun Cheng adalah cacat.
“Yun'er kenapa kau tidak memberi salam kepada patriak klan Chu? ”
“Itu kerana aku dapat menghidu niat buruknya dengan maksud untuk menghina kita. Mungkin dia belum tahu bahawa ayah sudah sembuh dari kecacatan. ”
Lin Ma yang asyik mendengarkan perbualan mereka itu menjadi penasaran dengan Yun Zhou bagaimana dia bisa menyedari sesuatu yang orang lain tidak menyedari nya. Dan dia juga tidak menyangka bahawa Yun Cheng tidak lagi cacat.
Yun Zhou melihat sekeliling dan menilai setiap orang yang hadir pada hari itu. Hasil dari penilaian nya adalah terdapat seorang tua yang berpakaian biru dari Sekte Syurgawi sudah mencapai tingkat NIRWANA, seorang tua lagi yang merupakan kakeknya juga di tingkat yang sama dan beberapa orang lagi yang berada ditingkat NIRWANA yang dia tidak kenali. Total ada lima orang yang berada di tingkat NIRWANA yang hadir pada hari tersebut dan dirinya dikecualikan.
“Yang tua berbaju Putih dan hitam itu berasal dari Sekte Pedang Ganda, dan yang satu lagi disebelahnya juga sama. ”
“Yang berbaju hijau itu adalah leluhur klan Lin kami LIN HU. ”
Lin Ma yang dari tadi menyedari perhatian Yun Zhou teralih kepada para tua-tua itu pun memperkenalkan satu persatu nya kepada Yun Zhou. Yun Zhou dapat mengetahui bahawa itu Lin Ma adalah bertujuan untuk mengkaji tentang dirinya. Lalu dia pun mengucapkan terima kasih dengan cepat sebelum Lin Ma sempat membuat pertanyaan.
“Kaisar Ye Shuan telah tiba... ”
Semua tetamu kemudiannya teralihkan kepada satu sudut dna mula mengambil tempat masing-masing. Mereka menunduk kepada Kaisar dan memberi salam mereka. Anggota empat klan besar berada di barisan hadapan sekali begitu juga dengan tiga Sekte besar aliran putih yang datang pada hari itu.
Kaisar Ye Shuan memberi sedikit ucapan terima kasih kepada semua kerana telah menyibukkan diri datang pada hari ini. Dan tidak lupa juga dia memperkenalkan satu persatu tetamu terhormat dari empat klan besar, sekte, dan juga seorang alkimia level empat terbesar di Kekaisaran Jia kepada tetamu.
“Baiklah tanpa membuang masa lagi mari kita mulakan acara kita pada hari ini. Saudara dan saudari sekalian silakan dengan sepuas hati kalian. ”
“Selamat Kaisar Ye Shuan. ”
Semua orang pun mula menyantap hidangan yang disediakan oleh Istana. Setika pandangan Kaisar Ye Shuan tertuju kepada seorang pemuda yang berambut panjang merah dengan dikepang kan kebelakang dan juga pakaiannya yang serba merah yang sedang menikmati makanan nya. Dia tidak boleh tidak tertarik pada pemuda tampan tersebut.