
TAANNNGGG!!
Suara benda keras dan tajam saling berbenturan dan bersahut-sahutan tanpa henti. Seorang manusia kerdil sedang berjuang melawan seekor ular raksasa jika di umpamakan adalah seperti seekor semut sedang mengigit kaki seekor gajah. Perumpamaan yang begitu jauh sekali dan juga bertepatan dengan situasi yang dihadapi oleh seorang pemuda yang dalam lingkungan umur 16 tahun.
Dia sekarang sedang terperangkap didalam dunia ruang dan waktu dan kini dia terpaksa berhadapan dengan seekor naga yang pernah menjadi mitos kerana kebohongan sesetengah pihak namun sekarang mitos itu terbukti adalah nyata. Siapa sangka bahawa pemuda itu akan se sial ini untuk berjumpa dengan makhluk tersebut.
“Seranganmu terlalu lemah... ”
Naga mitos itu meremehkan setiap serangan pemuda itu sehinggakan dia tidak perlu repot-repot untuk membakas serangan itu. Sedangkan pemuda itu terus menerus menyerang dengan kekuatan penuhnya pada satu titik yang sama, hingga sekarang naga mitos itu masih belum menyedari tindakan sebenarnya dari pemuda tersebut.
Sehinggalah pertahanan sisik naga yang kukuh itu terbuka lebar dan darah pun memancut keluar dari bekas luka yang sedalam puluhan inci tersebut. Hewan mitos itu pun meraung sakit walaupun luka yang diterimanya termasuk kecil namun beda halnya jika sisik nya sendiri yang menusuk segala isinya. Lalu dengan marah dia pun menyerang pemuda tersebut dengan menyemburkan api. Anehnya pemuda itu malah tidak mengelak lalu dia pun mengatur nafannya..
NAFAS NAGA AIR-AIR SEDINGIN ES
Pemuda itu menghembus air keluar dari mulutnya dalam jumlah yang banyak. Itu adalah berkumpulan tenaga dalam yang dirubah menjadi air lalu bertembung dengan api sang naga. Api dan air dingin saling berlawanan sehingga terciptalah kabut-kabut tebal dan berbau hangus menutupi pandangan kedua-dua nya.
Namun sang pemuda itu tidak berhenti begitu saja kerana dia tahu bahawa naga yang dia hadapi kali ini adalah yang terkuat saat ini dan dia terpaksa menggunakan trik licik untuk memenangkan pertandingan.
Dia secara acak melepas kan beribu bilah angin kesemua arah dengan harapan supaya mengenai luka yang pernah dibuat nya pada naga tersebut. Tak menghampakan salah satu daripada bilah angin itu mengenai luka tersebut dan menambahkan lagi luka yang lebih dalam.
ROAAAAAARR!!
“Hei manusia sudah cukup kau menang. Aku nampaknya telah meremehkan mu. Kata-kata mu itu benar adanya bahawa aku ini terlalu membesarkan diri sehingga aku di permainan kan oleh makhluk lemah seperti mu sekarang ambillah hadiah mu ini dan segera pergi dari sini sebelum aku berubah pikiran.”
“Terima kasih.”
Pemuda itu menerima dua kotak misteri dari naga tersebut lalu dia menyimpan nya di dalam pusaka. Sambil mengucapkan terima kasih dia pun mengepal tinjunya dan memberi hormat kepada naga tersebut kerana dia kagum dengan sifat nya yang menepati janji nya.
....... ........
Setelah memenangi pertarungan diantara dia dan naga ruang dan waktu, Yun Zhou pun menunggangi Hei Xue dengan pantas menuju ke sebuah punca cahaya. Setelah melepasi sempadan antara dunia ruang dan waktu dan dunia nyata dia mendapat kan dirinya kini berada di sebuah tempat yang dipenuhi oleh bekas pertempuran. Banyak mayat-mayat yang hangus terbakar di biarkan menjadi makanan kepada burung bangkai.
Yun Zhou samasekali tidak tahu dimanakah dia berada namun dia percaya bahawa dia telah kembali ke dunia asli nya. Tanpa berlengah lagi dia lun melanjutkan perjalanannya menuju ke kota yang terdekat. Tanpa dia sedar dia telah menunggang selama lima hari penuh dan akhirnya dia sampai di sebuah tempat yang mempunyai pintu gerbang. Melalui pintu gerbang itu dia akhirnya tahu dimanakah dia berada. Sekarang ini dia sedang berada di Kekaisaran Zhou salah satu kekaisaran kecil yang menjadi penengah diantar kekaisaran Jia dan juga kekaisaran Song.