
Yun Zhou kini berada di dalam sebuah bilik khusus yang di kelilingi oleh ribuan lingkaran sihir yang rumit. Lalu dia pon meneteskan darahnya di bagian paling tengah lingkaran sihir tersebut.
Setelah menerima darah lingkaran sihir menjadi aktif seterusnya Yun Zhou mengikuti arahan dari petunjuk yang dia dapat kan dengan membentuk beberapa segel tangan. Dia merasa getaran di sekeliling bilik tersebut menjadi kuat dan sebuah bebola cahaya yang sangat terang datang dari atas dan menghantam nya.
Beberapa lama kemudian dia berhasil membuka matanya dan mendapatkan dirinya berada di sebuah hutan yang indah. Tubuhnya terasa lemah dan tidak berdaya mungkin kerana efek daripada jurus perpindahan yang digunakan nya. Lalu dia duduk bersila da menggunakan tenaga dalamnya untuk memulihkan kondisi tubuh badannya.
“Sepertinya aku berjaya datang ke dunia ini. Tetapi sekarang aku perlu bergantung pada diriku sendiri untuk mencari petunjuk berkaitan dengan pusaka yang satu lagi.“
Setelah kondisi tubuhnya membaik Yun Zhou meneruskan perjalanan nya menelusuri hutan tersebut. Dia berharap agar dapt menjumpai sebuah desa atau pun penempatan. Di dalam suasana hutan yang damai dan angin bersiul melalui telinga dan mendatangkan perasaan yang harmoni dan nyaman tiba-tiba....
“*Tolong.. tolong.. jangan apa-apa kan Putri ku. Aku sanggup melakukan apa sahaja untuk kalian. “
“Oh, kau sanggup melakukan apa sahaja yang kami minta. Jadi pergilah mati dan Putri mu akan menjadi milik kami dasar haiwan rendahan*.“
Terdengar beberapa suara yang memohon dan juga yang menindas mengacaukan suasana tenang Yun Zhou. Dia pun bergegas kearah punca suara tersebut dan mendapati bahawa ada dua manusia yang setengah rakun yang satunya perempuan muda yang cantik dan satu lagi pria tua sedang di dalam keadaan yang tidak menguntungkan.
Beberapa orang manusia terlihat membawa senjata dan mengancam kedua-duanya. Melihat hal itu, Yun Zhou mencapai beberapa ranting pokok dan mengisinya dengan tenaga dalam lalu melemparkan ke arah beberapa lelaki yang bersenjata itu.
Hasilnya mereka semua kehilangan nyawa mereka ditempat tanpa sempat melakukan apa-apa sekali pun.
Terkejut bukan main kepalang lagi ketua kelompok tersebut melihat beberapa dari anak buahnya mati diserang.
“Ka.. kau. siapa dan mengapa mengacau urusan kami. Kalau kau adalah salah satu dari binatang jelek ini lebih baik kau pergi dari sini sebelum aku bertindak.“
Ketua kelompok tersebut barani mengancam si penyerang sambil melontarkan kata-kata hina kepada kedua-dua manusia setengah rakun tersebut walaupun dia tahu lawannya adalah seseorang yang tidak bisa dikalahkan nya sekali pun.
Tanpa membuang masa Yun Zhou pun menampakkan dirinya sambil melepaskan aura yang mencengkram sehingga kan tidak ada seorang pun dari mereka dapat bergerak. Lalu dengan hanya memetik jarinya kesemua kepala anak buah kelompok tersebut bercerai dari badan masing-masing.
Jelas kagetlah ketua kelompok tersebut apabila menyedari hanya tinggal dia seorang sahaja. Dia bahkan tidak mampu untuk lari kerana ketakutan dan memohon.
“Ma.. ma.. af kan aku. Aku akan segera pergi dari sini. Mereka berdua akan menjadi milikmu.“
Kemudian Yun Zhou membiarkan orang itu pergi dan apabila orang tersebut melarikan diri senyum jahat terukir di wajah Yun Zhou lalu dia tanpa ampun membunuh nya. Kedua dwarf yang melihat kejadian tersebut menjadi ketakutan dan memohon sambil berlutut supaya Yun Zhou melepaskan mereka.
“aku boleh melepaskan kalian berdua tetapi sebagai gantinya aku akan bertanya beberapa soal. Apakah kalian setuju¿”
Kedua-dua dwarf tersebut kelihatan sedikit gembira dan bersedia menjawab pertanyaan Yun Zhou.
“Yang pertama, kalian ini makluk apa kerana aku belum pernah melihat kalian sebelumnya. Lagi pula kalian ini setengah manusia dan juga setengah rakun. Aku inginkan penjelasan yang mendalam tentang hal ini.”
Keduanya saling berpandangan dan heran kenapa Yun Zhou tidak pernah melihat makhluk seperti mereka sebelumnya. Lantas dwarf gadis muda menjawab.
“*Iya benar kami setengah manusia dan setengah haiwan. Kami mempunyai banyak seperti kami ini dan dikenali sebagai dwarf. Anu, boleh aku bertanya dari manakah tuan ini¿”
“Aku datang dari dunia atas yang tidak bisa kalian sentuh. Dan lebih baik jangan bertanya kepada ku kenapa aku datang kedunia ini*.“
Jawab Yun Zhou sambil berbohong. Seterusnya dia dipahami dengan beberapa maklumat tentang dunia tersebut. Ternyata bangsa dwarf sering ditindas kerana mereka merupakan kaum yang paling lemah antara kaum yang lain.