Pendekar Jiwa Naga

Pendekar Jiwa Naga
PANDUAN NAGA SYURGAWI


“Panduan Naga Syurgawi!! ”


“Ini adalah teknik yang telah lama hilang. Sejak dari zaman ku lagi panduan ini di cari-cari oleh semua seniman beladiri. Aku juga mencari panduan ini sebelumnya namun panduan ini akhirnya muncul dan ada ditangan 'Naga Sakti' saudara seperguruan ku. Selain itu ini adalah salinan lengkap daripada panduan Naga Syurgawi. ”


Panduan Naga Syurgawi terbahagi kepda tiga fasa iaitu sikap naga, tranformasi naga, dan pertarungan naga.


“Aku begitu menginginkan teknik ini sebelum nya namun setelah ianya jatuh ke tangan saudaraku aku melepaskan niat tersebut. Namun dari melihat gerakan-gerakan panduan yang dilatih oleh saudaraku aku setiap hari, aku telah berjaya menciptakan teknik 'KEKUATAN NAGA BERSEPULUH' yang digunakan oleh ku hingga kini. Namun siapa sangka bahawa aku juga ditakdirkan dengan teknik yang hebat seperti ini.”


Kekuatan Naga Bersepuluh :


-Naga Air


-Naga Angin


-Naga Api


-Naga Petir


-Naga Baja


-Naga Emas


-Naga Bayang


-Nafas Alam Angin


-Tujuh Naga Bersaudara


Yun Zhou sekarang ini bisa menggunakan dua teknik legendaris iaitu Kultivasi Dewa Naga dan Panduan Naga Syurgawi. Namun ada dua perbezaan yang besar diantara kedua teknik ini, Panduan Naga Syurgawi bisa digunakan oleh semua orang tetapi Kultivasi Dewa Naga hanya yang terpilih sahaja yang bisa menggunakan nya.


Selain itu, Kultivasi Dewa Naga adalah ibu bagi segala teknik naga. Bisa dikatakan bahawa Panduan Naga Syurgawi bisa berada ditempat kedua dan juga ilham daripada teknik Kuktivasi Dewa Naga, dan Kekuatan Naga Bersepuluh berada di tempat ketiga ilham daripada Panduan Naga Syurgawi. Di kehidupan pertama nya Yun Zhou dikenali sebagai Kaisar Naga kerana berjaya mengalahkan saudaranya Naga Sakti didalam adu kekuatan dan menempati tempat kedua dalam dunia beladiri dan diatasnya adalah gurunya sendiri iaitu Kaisar Besar.


Panduan Naga Syurgawi sikap naga adalah gaya pergerakan dan kedudukan seekor naga dalam sebuah pertarungan. Fasa ini adalah Fasa yang paling mudah di antara fasa yang lain namun tidak bermakna fasa ini mudah untuk dilatih. Fasa kedua tranformasi naga, tranformasi naga dapat mengubah pengguna menjadi seekor naga walaupun sekadar tiruan namun kekuatan nya sangatlah dahsyat. Pengguna nya dapat berubah menjadi naga setelah membangkitkan seratus sisik naga.


“Hmmmmppp, apa aku masih butuh teknik ini sedangkan aku sudah separuh naga asli. Ya udah latih aja biar bisa menjadi naga panjang ( Long Dragon ) .”


Sisik naga yang dimaksudkan adalah kekuatan tempur yang menyamai kekuatan pembuluh darah naga dari Kultivasi Dewa Naga namun kekuatan nya sedikit kurang. Fasa yang terakhir adalah yang paling sulit, pertarungan naga adalah teknik yang mengandalkan kerja keras dan bakat yang luar biasa.


Naga Sakti dilahirkan tanpa bakat yang luar biasa namun setelah memperolehi Panduan Naga Syurgawi dia menjadi jagoan hebat dunia beladiri. Sepanjang kehidupan nya dia hanya bisa melatih panduan naga syurgawi sehingga peringkat awal pertarungan naga sahaja alasannya adalah kerana dia tidak berbakat.


“Untuk melatih ketiga teknik ini aku memerlukan lawan yang lebih kuat dariku. Tetapi mengingatkan kekuatan ku yang sekarang apakah masih ada lagi jagoan hebat yang bisa menyamai kekuatan ku. Mungkin di benua lain masih ada, setelah aku menyelesaikan masalah disini aku akan mengembara mengelilingi dunia. ”


Yun Zhou adalah type seseorang yang tidak mudah berpuasa hati walaupun sudah berdiri di jajaran atas dunia beladiri sehinggalah dia mencapai batasnya sendiri. Dia bahkan pernah berpikir untuk ke dunia lain untuk menambahkan kekuatan dan pengalaman nya. Pada kehidupan pertama nya dia telah menjelajah 2/5 ke seluruh dunia yang sekarang ini ( bumi ) .