Pendekar Jiwa Naga

Pendekar Jiwa Naga
JALAN PULANG


Dalam keheningan malam yang dihiasi dengan lampu cahaya bulan dan bintang-bintang dilangit menyebabkan padang gurun menjadi sunyi sepi hanya kelihatan beberapa serangga kecil yang berkeliaran bebas beterbangan. Para serangga seperti sedang berpesta di tengah malam setelah seharian berjuang dengan kepanasan yang mencengkeram di siang hari.


Tiba-tiba kesepian malam dipecahkan dengan bunyi derapan kaki kuda yang kencang berlari. Dengan garis keturunan yang langka kuda itu pun membelah lautan padang pasir itu dengan kepantasan yang menakjubkan. Sekali lihat seperti kilatan cahaya kecil sedang meluru ke hadapan tanpa henti, tanpa ujungnya.


Walaupun banyak pemangsa yang menghadirkan diri pada malam hari di gurun tetapi mereka sama sekali tidak berani untuk memangsa sosok yang sedang mengendarai kuda itu. Keganasan nya sangat menonjol apabila dia dengan gagahnya menunggang seekor kuda hitam berotot tegap dengan mata yang bewarna merah.


Arah tujuan nya mungkin sangat jauh sehingga dia terpaksa untuk tergesa-gesa seperti itu. Malam itu di gurun kembali menjadi sunyi setelah sosok tersebut pergi dan hanya meninggalkn debu dibelakang beterbangan.


..............


“Aku harap sempat untuk ku kembali ke rumah. Akan ku balas perbuatan tercela itu 100 kali lipat. Beraninya dia melukai ahli keluarga ku. ”


Yun Zhou dengan amarahnya menempuhi kegelapan malam yang tidak berujung itu. Atmosfer tiba-tiba menjadi semakin kacau dan angin bertiup kencang. Tubuh Yun Zhou dan kudanya perlahan-lahan menghilang dari dunia tersebut.


TEKNIK TERLARANG :


RAJA NAGA MEMBALIKKAN TAKDIR!!


...........


Seorang pria sedang terbaring di atas kasur terlihat sangat lemah dan tidak berdaya. Dia merasakan seribu penyesalan didalam lubuk hatinya yang dalam. Bagaimana seorang patriak klan besar sepertinya menjadi cacat hanya kerana sebatang anak panah. Kini dia dipandang hina oleh masyarakat walaupun dia telah berusaha keras mempertahankan kedaulatan negara mereka. Seolah-olah kerja keras dan pengorbanan nya sedikit pun tidak memberi bekas dihati rakyat, dia dicemooh serta dihina secara terang terangan. Banyak pemangsa yang akan datang kepada anak ayam yang kehilangan ibunya begitulah perumpamaan bagi keaadan klan nya sekarang ini.


“Apakah ini akhir bagi klan Yun kita ini. ”


“Tidak ayah!! saudara ku akan pulang dan dia akan memimpin klan ini. Aku yakin itu.”


“Hahahaha, Qing'er tidak perlulah sampai berkata demikian orang yang mati tidak akan kembali lagi walaupun sekuat apa pun kita menangis, walaupun selama mana pun yang kita tunggu. ”


“Tidak ayah, itu tidak benar. Saudaraku masih belum mati. Buktinya adalah bahawa plat namanya tidak pernah suram bahkan beberapa hari ini semakin bercahaya terang. ”


Seorang gadis cantik berpakaian serba biru yabg berada diatas sebuah kerusi roda cuba menenangkan ayah nya. Gadis itu adalah Yun Qing Tan kakak kepada Yun Zhou. Walaupun khabar tentang kematian Yun Zhou telah meluas tetapi dia lebih memilih untuk percaya bahawa adiknya itu masih belum mati di karena kan plat nama yang mengandung sedikit jiwa adiknya itu masih belum musnah.


“Benarkah itu Qing'er apakah ibumu mengetahuinya juga. ”


“Iya, ibu justeru lebih mengetahui lebih daripada ku. Pernah ibu ceritakan sebelumnya kepadaku bahawa plat nama adik Yun pernah retak seribu dan menjadi gelap sekitar beberapa bulan yang lalu dan setelah itu ia menjadi terang kembali dan tidak meninggalkan sebarang retak pun. Perubahan itu jelas berlaku dihadapan mata ibu, jadi aku semakin percaya bahawa saudaraku itu pasti akan kembali kesini lagi dan dia masih hidup cuma saja mungkin dia berada disatu tempat yang sangat jauh. ”