
Yun Zhou kini sedang berada di dalam sebuah tempat yang dipenuhi oleh Bintang-bintang. Oleh kerana dia berada didunia lain dia masih terpaksa melakukan perjalanan walaupun setelah menggunakan teknik terlarang Raja naga miliknya.
Batas antara dunianya dengan dunia lain sangatlah jauh jadi dia sekarang sedang berada didalam aturan dunia ruang dan waktu. Waktu disini berjalan sangatlah cepat dan juga berbahaya. Terkadang Yun Zhou diserang oleh beberapa monster yang hanya mempunyai mulut sahaja yang dikenali sebagai monster ruang dan waktu.
Kedatangan mereka selalunya melibatkan ratusan sekali hadir dan juga sangat sukar untuk dihadapi. Yun Zhou sekarang ini baru saja dapat membunuh puluhan dsri mereka dan selalu saja melarikan diri. Monster ini selain sangat sukar untuk dihadapi dia juga mampu bergerak pantas memandang kan dunia ruang dan waktu adalah tempat kediaman nya.
Yun Zhou berjaya mengelak setiap serangan dari mereka dengan cara memasuki mulut mereka tanpa terkena gigitan daripada gigi mereka yang tajam dan kemudian tembus keluar dari badan monster tersebut. Memang tindakan ini adalah tindakan yang agak gila memandangkan hanya ini saja cara nya untuk menang melawan mereka semua. Walaupun begitu tidak bererti Yun Zhou tidak mendapatkan luka, dia telah terluka lebih daripada seratus tujuh puluh sayatan akibat terkena gigi monster tersebut.
Sedang dia menguruskan semua monster ruang dan waktu itu ada sebuah cahaya kecil yang membentuk sebatang lorong seolah-olah itu adalah jalan keluar di hadapannya. Lalu Yun Zhou pun menggunakan kekuatan garis keturunan Hei Xue. Sepintas kemudian mereka pun melintasi lorong yang berjaya itu dan para monster ruang dan waktu segera berhenti daripada mengejar nya. Jelas kelihatan kekecewaan mereka yang digambarkan melalui aura-aura mereka yang terpancar keluar.
............
Semasa dia sedang melintasi lorong bercahaya itu dia mendapati bahawa lorong itu sangatlah aneh kerana ia ter perbuat daripada ratusan tahun jiwa kultivasi. Ratusan tahun di dunia ruang dan waktu sangatlah lama kira-kira 100 kali lipat jika dibandingkan dengan dunia nyata. Memandang kan waktu disini berlalu sangat cepat jadi usia segala yang ada disini sangat lah tua.
Seketika setelah makhluk itu terjaga dari tidurnya, nafas Yun Zhou menjadi tercengang canggung kerana yang dia lihat saat ini adalah seekor naga. Perwujudan naga yang sangat besar dan dengan garangnya sedang menatap ke arahnya.
“Kau ingin melintasi ruang dan waktu, maka kau perlu mengalahkan ku terlebih dahulu.”
Sang naga berkata dengan kuat menggerakkan sebelah tangannya menunjukkan kepada Yun Zhou. Bergetar jiwa Yun Zhou dengan hanya mendengar suara nya saja dia tahu bahawa naga ini jauh lebih hebat daripada roh naga yang sebelumnya dia lawan. Walaupun sekarang dia adalah manusia separuh naga tetapi jika dihadapan naga yang seekor ini dia diibaratkan seperti seekor cacing kecil sahaja.
Sukar Yun Zhou untuk mempercayai bahawa dia akan menjumpai naga ruang dan waktu ketika ini. Naga ruang dan waktu dikatakan hanya sekadar cerita bohongan semata-mata kerana tidak ada yang pernah bertemu dengannya ketika melintasi dunia ruang dan waktu. Yun Zhou juga sudah melupakan cerita tersebut namun sekarang dia terpaksa mempercayai kebenaran cerita itu.
“Hhmmmmppp apa yang kau bengong saja disana dan cepat serangan aku. Kalau aku berpuas hati aku akan melepaskan kau. Sepertinya kau adalah makhluk yang kedua yang pernah menemukan aku disini. ”