
Setelah selesai menjelaskan kepada ayah dan kakeknya, Yun Zhou meminta diri untuk ke perpustakaan bersama-sama dengan saudarinya itu. Mengetahui bahawa dia boleh meneruskan niatnya untuk berlatih beladiri dan telah mendapat izin dari ayahnya membuatkan Yun Zhou ceria dan melompat kegembiraan. Justeru itu, dia terus pergi ke perpustakaan klan bersama dengan saudarinya itu untuk memilih satu teknik yang berada di klan.
Setibanya di perpustakaan dia pun memerhatikan struktur binaan bangunan tersebut. Dia mendapati bahawa bangunan tersebut atau perpustakaan klan mempunyai beberapa tingkat. Setiap orang di klan bisa memasuki perpustakaan tersebut berdasarkan tingkatan kultivasi yang dimiliki oleh mereka, semakin tinggi tahap kultivasi maka semakin banyak lah manfaat dan dapat naik ke tingkat selanjutnya di dalam perpustakaan.
Bagi Yun Zhou yang berada pada tahap awal dunia beladiri dia hanya boleh memasuki lantai yang terbawah sekali yang mengandungi teknik tinggak rendah. Bagi Yun Qing Tan pula dia tidak dapat memasuki bangunan tersebut kerana masih belum membangkitkan roh beladiri atau masih belum berkultivasi.
"Duh! Yun'er bisa masuk sedangkan aku yang lebih tua ngak bisa masuk"cebik Qing Tan yang berasa iri dengan saudaranya itu. "Deh Yun'er ajarin aku beladiri ,aku juga ingin memasuki perpustakaan "keluhnya. Yun Zhou hanya menjawab untuk itu kakaknya perlu membangkitkan roh beladiri dulu untuk memasuki bangunan ini sambil tersenyum.
"Yun'er aku tunggu diluar dan kau tidak boleh berlama-lama didalam perpustakaan kerana bisa membuatkan aku mati kebosanan menunggumu". kata Qing Tan. Yun Zhou pun hanya mengiakan sahaja cemuhan kakaknya itu.
Di dalam perpustakaan banyak sekali teknik tingkat rendah yang bisa dipilih oleh yun Zhou. Alasan dia yang merupakan kaisar pada kehidupan sebelumnya ingin menggunakan teknik beladiri tingkat rendah yang ada di klan adalah untuk menghindari kecurigaan orang lain terhadapnya. Dia pun memilih teknik beladiri dengan tenang dan menjumpainya iaitu TEKNIK TARIAN IKAN KOI. Hairan dengan teknik tersebut bisa menjadi teknik tingkat rendah padahal teknik tersebut bisa berkembang mengikut siapa penggunanya dan sangat bermanfaat untuk gaya berpedang.
Menurut informasi teknik tersebut hanyalah teknik yang dijumpai dan bukannya milik klan namun tetap diletakkan di dalam perpustakaan klan dan alasan kenapa teknik tersebut bisa menjadi teknik tingkat rendah adalah kerana teknik tersebut tidak pernah ada yang menggunakannya selama 10 tahun lebih sejak ia ditemukan.
Sedang asyik dengan penjelasan daripada tetua tersebut Yun Zhou melirik sekilas meja yang tempati oleh buku-buku yang disusun atas meja kemudiannya dia melihat ada buku atau kitab usang yang dijadikan pelapik meja dan menanyakan kepada tetua tersebut.
"Tetua! kenapa kitab tersebut dijadikan pelapik meja"? tanya Yun Zhou.
"Oh!!! itu kitan kuno dan tiada siapa pada masakini yang dapat membacanya oleh itu kujadikan dia sebagai pelapik meja". kata tetua tersebut.
Kitab kuno tersebut berjaya menarik perhatian Yun Zhou, dan meminta kepada tetua untuk melihat kitab tersebut. Setalah diberi izin maka Yun Zhou pon mengambil kitan tersebut dan membaca tulisan yang berwarna emas yang tertulis "TEKNIK PERMUNIAN TUBUH". Tidak heran Yun Zhou bisa membaca kitab tersebut kerana umurnya sahaja lebih tua berbanding kitab tersebut. Kitab tersebut menarik minat Yun Zhou untuk mempelajarinya keran pada masa lalunya tidak pernah ia berlatih teknik yang seperti ini. Teknik tersebut dapat membuatkan pengguna kebal terhadap pelbagai jenis racun dan juga bisa menukarkan anggur(arak) menjadi tenaga. Dia jelas memahami cara kerja teknik tersebut tetapi ingin mendapatkan kepastian yang lebih lanjut lalu ia menanyakan kepada tetua tersebut. Menurut tetua tersebut teknik permunian tubuh adalah teknik tinggat tinggi yang telah lama hilang sejak ribuan tahun dahulu kerana terjadinya peperangan yang besar diantara aliran putih dan aliran hitam.