Pendekar Jiwa Naga

Pendekar Jiwa Naga
TEKNIK KERAMAT API MERAH


Ujian seterusnya iaitu ujian yang kedua buat Yun Zhou berlangsung di tingkat dua pagoda kuno Agung. Aturan di pagoda kuno sememangnya tidak menguntungkan sesiapa sahaja kerana hanya ada satu saja peraturannya iaitu yang kuat akan berdiri dan yang lemah akan mati. Hukum Rimba di sini berlaku lebih berganda daripada hukum Rimba di dunia luar sana.


YunZhou naik ke tingkat dua pagoda atas arahan penjaga pagoda tersebut namun dia tidak mendapatkan sebarang bentuk petunjuk pun bagi ujian atau tantangan yang kedua. Erti nya YunZhou kini sedang menentang sesuatu yang tidak di ketahui olehnya dan dia hanya mampu bersedia dengan sepenuhnya menghadapi segala kemungkinan. Tidak mungkin ujian kali ini akan sangat mudah, jadi dia perlu berada didalam keadaan siaga setiap masa.


Bagi membuktikan bahawa aturan di pagoda itu memang tidak menguntungkan sesiapa pun, Yun Zhou tiba-tiba diserang oleh beberapa pedang terbang tanpa di berikan amaran terlebih dahulu. Oleh kerana serangan tersebut terlalu pantas dan juga orang yang mengendalikan nya jauh lebih kuat daripada nya, Yun Zhou hanya mampu memblokir pedang-pedang itu dengan tekniknya.


**KEKUATAN RAJA NAGA-LONCENG NAGA EMAS!!


TIIINNGGG!! TINNGGG**!!!


Kesemua pedang itu berbenturan dengan pelindung yang diaktifkan dan tidak berjaya melukai YunZhou lalu berpatah balik ke suatu arah. Kemudian keluarlah sosok roh pria tua berjenggot putih sambil tersenyum. Senyum yang dilempar kan bukanlah senyum yang manis mahu pun senyum yang peramah, namun senyum itu lebih cenderung kearah niat membunuh. Menghadapi seseorang yang lebih kuat daripada nya memang membuatkan Yun Zhou berasa sedikit takut. Titisan keringat dingin keluar dari hidung nya terus menitik jatuh ke lantai.


PLAAAAKKK!!


Sesampainya titisan keringat dilantai, pria tua berjenggot itu pun menyerang Yun Zhou dengan pedang-pedang nya. Sejumlah lima pedang terbang mengelilingi dan menyerang YunZhou. YunZhou masih lagi dalam posisi bertahan sehinggalah lah pelindung lonceng naga emasnya menimbulkan retak.


“Cis, aku tidak boleh biarkan perkara ini terjadi. Aku juga harus maju. ”


**TENDANGAN BADAI SAKTI:


BADAI PENCABUT NYAWA!!


NAFAS ALAM ANGIN-NAGA ANGIN MENGHEMBUSKAN TAUFAN**!!


Yun Zhou menggabungkan kedua jenis serangan pada masa yang sama. Tendangan badai sakti berfungsi sebagai serangan pengalihan dan naga alam angin untuk membentuk taufan kencang supaya menjauhkan serangan serangan pedang terbang darinya. Yun Zhou sangat fokus kepada pertarungan nya, dia mematai celah untuknya melakukan serangan walaupun sebesar debu sekali pun. Dia tidak akan melewatkan sedikit peluang yang datang kepada nya kerana dengan sedikit peluang inilah yang memungkinkan dia untuk menang.


TARIAN RAJA-LENGKUKAN NAGA GILA!!


**TINJU RAJA PENGHANCUR DUNIA!!


BAAAAMMMM!!!


SCEEEEEEEERRRRTTTT**!!!


Setelah tinjunya dilepaskan, bunyi yang kuat seperti halilintar yang menyambar pun ter hasil. Pria tua itu mundur kira-kira dua puluh langkah kebelakang dan meninggalkan kesan geseran pada lantai pagoda yang kukuh itu. Dia berhasil menahan serangan Yun Zhou yang awalnya sudah berada tepat dihadapan mukanya dengan pedang miliknya, kelajuan apakah yang dimiliki oleh pria tua tersebut.


“Hahahaha, cacing lemah kau adalah yang pertama telah berjaya memukulku mundur berpuluh langkah, siapa sangka perkara ini akan terjadi. Aku terlalu meremehkan mu nak."


“Tapi aku penasaran bagaimana seorang manusia seperti kau ini bisa menggunakan kekuatan seperti naga asli cuma sangat lemah. Kalau tidak keberatan maukah kau menceritakan kepada orang tua ini bagaimana kau bisa menggunakan kekuatan suevi leluhur kami-ras naga.”


Yun Zhou tidak bisa tidak terkejut kerana yang berada dihadapannya kali ini adalah seorang daripada ras naga cuma bedanya dia di dalam bentuk roh.


“Itu bukanlah sesuatu yang perlu aku cerita kan kepadamu, mari kita lanjutkan pertarungan dan menyelesaikan nya dengan cepat. ”


“Hohoho, seekor cacing berani sok kuat. Kalau begitu jangan salahkan kan aku menindas yang lemah kerana aku paling tidak menyukai sifat manusia yang sombong. Kau hanya perlu menahan tiga lagi gerakan ku dan aku akan mengaku kalah. Bagaimana? tetapi jika kau kalah, kau perlu memberi tahu aku bagaimana kau bisa menggunakan kekuatan leluhur suci kami sebelum aku membunuh mu.”


“Apa yang akan aku dapatkan jika aku memenangkan kan pertarungan ini¿”


“Hahahahaha, kau yakin sekali dapat menang melawan ku. Baiklah, jika kau menang aku akan memberikan teknik KERAMAT API MERAH ini kepada mu.”


Teknik keramat api merah!! Yun Zhou ter diam sebentar. Teknik ini sangat bagus jika digunakan olehnya kerana tiga dari sembilan meridian utamanya adalah berelemen api. Lalu dia pun dengan semangat nya menerima aturan pertarungan tersebut. Peluang sebegini besar tidak mungkin akan disia-siakan olehnya.


“Baiklah kalau begitu aku setuju.”