Pendekar Jiwa Naga

Pendekar Jiwa Naga
Episode 6: Teknik pemurnian tubuh tingkat pertengahan.


Di halaman pelatihan Yun Zhou melatih teknik tarian ikan koi sambil diawasi oleh ayahnya hingga ke tahap maksimal hanya dalam satu hari sahaja. Hal itu membuatkan ayah nya kaget akan perkembangan anaknya itu yang hanya memerlukan satu hari sahaja menguasai teknik tersebut hingga ke tahap maksimal. Dia berpikir bahawa bakat anaknya itu tiada tandingannya dalam klan tersebut dan dia pun ketawa dengan bangga melihat kejadian tersebut.


Teknik berpedang yang dipamerkan Yun Zhou sungguh memukau pandangan mata apabila melihat dia menggunakan teknik tarian ikan koi itu sehinggakan menyebabkan lawannya seolah-olah terpukau dengan gerakannya yang seperti sedang menari tersebut. Teknik tersebut sangatlah lentur dan lembut tetapi sangat mematikan jika digunakan.


"Yun'er bagaimana kau bisa memahami teknik tersebut hanya dalam satu hari sahaja". tanya kakaknya.


"Ikan bergerak dalam satu irama, hanyut dalam aliran air, hidup bersatu dengan air " balasnya. Kemudiannya menjelaskan bahawa dia dapat memahami kehendak yang diinginkan oleh teknik tersebut dengan sedikit niat pedang. Mendengar kata-kata Yun Zhou maka bertambah lah keterkejukkan yang berada dalam hati Yun Cheng, manakan tidak seorang anak yang masih berumur 4 tahun lebih sudah memahami niat pedang walaupun hanya sebahagian kecil dan hal itu bisa dianggap sangat luar biasa.


Setelah setengah tahun berlalu, dan Yun Zhou pon mulai mempraktikkan teknik pemurnian tubuh yang merupakan hal baru bagi dirinya itu.


Dia terus duduk berkultivasi dan menerima pencerahan tentang teknik yang dipraktikkan olehnya itu. Tubuh nya makin kuat dan kebal berkat teknik pelatihan tubuh yang selalu di amalkan olehnya dan di adukkan dengan teknik pemurnian tubuh tersebut. Tubuhnya bukan saja kebal terhadap racun bahkan kebal terhadap pukulan tangan kosong dari seseorang yang berada pada tahap tenaga dalam yang tingkat puncak. Tanpa disedari dia sudah berada pada tahap tenaga dalam yang peringkat pertengahan.


Dia pun terus melanjutkan pelatihannya hari demi hari hingga beberapa tahun berlalu sambil mempelajari teknik pemurnian tubuh sedikit demi sedikit sehinggakan waktu telah berlalu hingga empat tahun lamanya. Dia mengambil masa yang lama kerana mempraktikkan teknik tersebut secara diam-diam kerana teknik tersebut adalah teknik yag telah lama hilang dan tidak boleh diketahui oleh orang lain. Hasilnya dia pun berjaya memahami teknik tersebut hingga ke tingkat menengah.