Pendekar Jiwa Naga

Pendekar Jiwa Naga
JATUHNYA LIMA SEKTE


PRAAAKK!!


SHHUUUUUU!!


Api sedang menjilat pohon-pohon dihutan sehingga menghasilkan asap tebal menyelubungi sebuah sekte iaitu sekte seribu mayat salah satu daripada target tentera BENCANA LANGIT, semua orang yang berada di Sekte Seribu Mayat langsung dikejutkan dengan kejadian tersebut dan bergegas keluar dari sekte untuk memadamkan kebakaran namun nasib mereka tidak begitu baik apabila diserang oleh beberapa tentera gerakan langit, banyak diantara mereka yang sakit-sakitan setelah menghirup asap tersebut dan ada yang jatuh mati. Itu kerana asap itu bukankah asap biasa melainkan asap yang mengandungi bubuk racun. Rancangan yang dibuat oleh Yun Zhou begitu sempurna kerana tidak perlu bersusah payah untuk membuang banyak tenaga.


"Cepat-cepat padamkan api. Ini satu serangan keluarkan jeneral mayat sekarang. "


Para murid Sekte Seribu Mayat mulai mengeluarkan mayat-mayat yang dikendalikan seperti boneka yang dikenali sebagai jeneral mayat. Pada mulanya mereka hanya menganggap bahawa asap yang datang hanya lah fenomena alam hutan terbakar namun apabila setengah daripada mereka yang berada di sekte kehilangan nyawa ketika menghirup asap tersebut barulah mereka menyedari asap tersebut mengandung racun.


Tetapi perlawanan mereka menjadi sia-sia sahaja apabila mereka dihujani oleh ratusan anak panah yang mengandungi tenaga dalam yang bahkan menembusi bagunan sekte sekalipun kerana terlalu tajam hasil daripada sajak penguatan yang diukirkan oleh Yun Zhou pada mata anak panah tersebut, kerana seluruh sekte mereka ditutupi oleh asap pandangan mereka ditutupi dan anak panah yang berjatuhan langsung mengenai mereka tanpa disadari. Dalam sekejap hanya menyisakan beberapa orang dari mereka.


"Cepat makan pil penawar lagi dan kita akan masuk sekte memulai rancangan yang kedua. Ingat kita perlu menghabiskan mereka secepat mungkin atas arahan jendral. "


"Baik. "


Tentera bencana langit mulai menggunakan rancangan yang kedua iaitu memasuki sekte membantai semua yang tersisa. Lalu menelan beberapa pil penawar racun dan mulai memasuki sekte. Seperti yang dijangka, banyak mayat yang bergelimpangan di merata tempat. Setiap yang masih bernyawa langsung dihabisi tanpa soal bicara. Hasilnya kesemua murid di sekte seribu mayat berjaya dihabisi dengan mudah ada pun yang melarikan diri sudah terperangkap dan terkorban didalam hutan yang dipenuhi api yang membara. Tentera bencana langit sedikit kecewa kerana apa yang diharapkan tidak begitu menjadi. Mereka bahkan tidak menggunakan keterampilan beladiri sekali pun. Setelah mendapat kan harta rampasan perang dari sekte seribu mayat mereka pun membakar sekte tersebut. Begitu juga dengan keempat sekte yang lain, setiap tentera bencana langit tidak mendapatkan sebarang kecederaan fatal sekalipun dan tiada diantara mereka yang terkorban. Keesokan harinya ke-lima sekte aliran hitam yang terkenal di Kekaisaran Song hangus terbakar oleh api dan berita tersebut dengan cepat menyebar keseluruh Kekaisaran Song bahkan telah sampai ke telinga Kaisar Song sendiri. Para pemimpin ke-lima sekte tersebut kelihatan muram dan kehilangan semangat mereka, bukan saja mereka tidak mengulurkan bantuan malah mereka tidak mengetahui sekalipun bahawa sekte mereka diserang. Serentak dengan itu kesemua pasukan Kaisar Song hilang setengah dari semangat bertarung mereka manakala bagi pihak kekaisaran Jia mereka menerima berita tersebut dengan penuh gembira.


Kaisar Song:


"Sial!! bagaimana boleh jadi begini? siapa yang melakukannya? "Kaisar Song.


"I..... itu kami tidak tahu Yang Mulia."


Seorang bawahan nya menjawab pertanyaan Kaisar Song namun tiba-tiba kepalanya hilang dari tempatnya dan jatuh ke tanah, bagi mereka yang melihatnya mereka marasa sangat takut dan tidak berani untuk menjawab pertanyaan Kaisar.


"Pergi selidiki siapa yang melakukannya. " Ketua Sekte Seribu Mayat.


"Bawa sejumlah pasukan dan habiskan mereka mereka. " Ketua Sekte Kala Jengking Hitam. Dan ketiga ketua sekte yang lainnya hanya mampu terdiam sahaja kerana tersangat sedih mungkin kerana ahli keluarga mereka masih ada disana. Tiba-tiba datanglah beberapa orang tentera memberi hasil mereka. Mereka membawakan sebatang bendera tiga segi yang bersulamkan naga menembusi awan dan dibawahnya tertulis "BENCANA LANGIT". Bagaikan mimpi ngeri nama pasukan tersebut tersemat dihati kesemua dari mereka. Ketakutan dan geram bercampur aduk, dendam menguasai mereka dan amarah mereka bertambah seperti api yang di tuangkan minyak hanya kerana dua kata iaitu Bencana Langit.


MOHON MAAF SEMUANYA SEBELUMNYA ADA KESALAHAN ANTARA "BENCANA LANGIT DAN GERAKAN LANGIT" JADI INI AUTHOR PERBETULKAN.... HEHEHEHEHE.