
“Apa.. apa yang terjadi?? kenapa aku masih berada di hutan ini, apakah teknik terlarang raja naga sudah tidak bekerja padaku. » YunZhou terlihat cemas kerana masih mendapati dirinya masih berada di hutan sedangkan dia sangat yakin telah menggunakan teknik terlarang raja naga. Terakhir kali dia tidak bisa menggunakan teknik terlarang raja naga di sebabkan tenaga dalamnya masih belum mencukupi untuk menggunkan teknik tersebut, tetapi kali ini tenaga dalamnya sudah lebih dari kata mencukupi.
Setahun yang lalu Yun Zhou terdampar di hutan misterius tersebut dan sudah mengkonsumsi pelbagai sumber daya yang terdapat di hutan tersebut. Tenaga dalamnya telah bertambah banyak dan juga kultivasi juga meningkat hingga tahap ALAM DEWA. Hutan tanpa batas itu hanya di duduki oleh dua makhluk hidup sahaja iaitu dia seorang manusia dan juga pelbagai jenis pohon. Dia sudah menjelajahi hutan tersebut selama setahun dan tidak menemukan makhluk hidup lain selain dia dan pepohonan.
Hutan tanpa batas memang istemewa kerana terdapat pelbagai sumber daya yang sangat langka seperti ginseng merah 3000 tahun, epal beri, dan anggur raja dalam jumlah yang banyak sehingga kan Yun Zhou suda bosan mengkonsumsi semua sumber daya tersebut. Mengingat kan hutan tanpa batas memiliki sumber daya yang tidak terhintung banyaknya membuatkan Yun Zhou memiliki alasan yang kukuh untuk mencapai tahap ALAM DEWA yang sulit dicapai oleh manusia biasa yang lainnya. Sekali pun mereka berada di posisi Yun Zhou, mereka tidak akan dengan mudah untuk mencapai tahap tersebut dalam setahun tanpa bantuan dari teknik kultivasi dewa naga dan juga tubuh jiwa naga yang digunakan oleh Yun Zhou.
Setelah genap satu tahun Yun Zhou sekali lagi menggunakan teknik terlarang raja naga untuk keluar dari hutan tersebut. Dengan menggunakan teknik terlarang raja naga dia bisa memasuki dan meninggalkan hutan tersebut sesuka hatinya.
Kembali kepada Yun Zhou yang berada di hutan :
Sedang Yun Zhou mengelamun untuk mencari jalan keluar dari hutan yang disangka olehnya hutan tanpa batas tiba-tiba..
“Amitabha.. anak muda yang perkasa apakah yang terjadi pada mu. ” Seseorang datang menyapa. Yun Zhou terdiam sebentar dan mengalihkan pandangannya ke arah suara tersebut.
“Manusia.. ma.. manusia kau benar-benar manusia. Hahahahahaha akhirnya aku keluar juga. ” Ternyata dugaan Yun Zhou telah tersilap hampir saja dia berfikir akan mati di hutan tanpa batas. Lantas itu dia melonjak gembira kerana sudah berhasil keluar dari hutan kematian.
“ Apakah tuan perkasa ini telah tersesat di hutan selama bertahun-tahun. Kerana aku melihat tuan tidak berpakaian da celana yang dikenakan tuan sudah lusuh, lagi pula tuan sangat gembira apabila berjumpa dengan manusia¿” Sami tersebut pun bertanya. Lalu Yun Zhou pun menjawab bahawa dia telah tersesat di dalam hutan itu selama setahun.
“Bolehkan sami yang hina ini bertanya kan nama tian perkasa ini. ”
Yun Zhou pun mengangkat alisnya, lantas menjawab namanya adalah Yun Zhou dan berasal dari salah satu keluarga empat pilar besar Kekaisaran Jia.
Sami itu pun terkejut, lalu dia pun menerangkan kepada Yun Zhou bahawa dia bukan berada di Kekaisaran Jia sekarang. Yun Zhou tidak terkejut kerana dia beranggapan bahawa dia mungkin berada di sekitar kekairan jia sekarang ini.
“Tuan yang perkasa sepertinya telah tersesat jauh tetapi entah bagaimana tuan bisa berada di sini. Kekaisaran Jia terletak di Benua Daratan Gunung sedangkan tuan sekarang berada di Benua Seribu Angin. ”Sami tersebut menerangkan situasi yang di hadapi oleh Yun Zhou.
Setelah mendengarkan penerangan dari sami tersebut barulah dia sedar sekali lagi dia telah berbuat kesilapan yang sama iaitu melupakan tempat yang perlu dituju ketika menggunakan teknik terlarang raja naga. Walaupun begitu dia memilih untuk tinggal di benua seribu angin ink buat sementara. Tanpa banyak bicara sami tersebut membawa Yun Zhou ke sebuah kuil.