
Di dalam kamarnya Yun Zhou melambaikan tangannya dan keluarlah segala bahan yang baru di beli olehnya. Lalu proses pertama adalah dia akan menyucikan setiap bahan tersebut secara bertahap kerana Yun Zhou tidak mahu mengambil risiko meracik pil level delapan dengan menyatukan sekali semua bahan seperti yang di lakukan nya terakhir kali semasa meracik pill dou. Oleh kerana proses membuat pill jindan sangat lama dan juga menghabiskan tenaga yang sangat banyak Yun Zhou menggunakan sebuah tungku pill yang di perbuat dari besi berunsur kan api dan dapat meningkatkan kesan obat sebanyak 10%.
Yun Zhou mula memasukkan api dari meridian nya ke dalam tungku tersebut dan melempar kan bahan yang pertama iaitu bunga enam warna. Bunga enam warna sangat efektif untuk mengikat dan menyatukan kesemua bahan selain mempunyai efek wangi yang sangat kuat.
Kelopak bunga enam warna mulai membuka ketika menyentuh api didalam tungku dan terlihat kotoran-kotoran yang ada pada bunga tersebut naik ke atas dan hilang dibakar. Kemudian kelopak bunga enam warna akan menutup kembali setelah kesemua kotoran nya menghilang dan menandakan proses penyucian telah pun selesai.
Kemudian Yun Zhou mengambil bahan kedua iaitu inti buah naga. Inti buah naga berwarna kemerahan seperti darah dan sangat keras. Proses untuk menyucikan tidak mudah seperti bunga enam warna kerana kotoran yang ada pada nya adalah 20 kali lipat daripada bunga enam warna. Setelah dimasukkan ke dalam tungku inti buah naga mencair dengan cepat dan bermula lah proses menyucikannya. Mengasingkan dua bahan cecair tidak lah mudah yang satu nya cecair warna merah iaitu inti buah naga yang mencair dan yang satu lagi kotoran yang juga bewarna merah. Untuk membedakan kedua bahan ini memerlukan fokus yang sangat mendalam dan tidak boleh melewatkan satu pun kotoran untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Setelah setengah hari menyucikan inti buah naga Yun Zhou akhirnya berjaya mengatasi kesemua kotoran tersebut. Lalu dia mengangkat cairan merah darah yang sudah disucikan dan menempatkan nya didalam sebuah botol lalu botol itu pun dipenuhi oleh cairan inti buah naga.
Yun Zhou tidak ingin membuang banyak waktu lagi dan meneruskan proses nya dengan bahan yang terakhir. Kali ini dia memasang api dengan lebih ganas untuk menyucikan buah api merah. Ada pun pembuluh darah emas dan serbuk tulang tingkat tinggi tidak perlu disucikan kerana kotoran nya akan di asingkan dengan mudah ketika membuat pil nanti. Setelah sehari penuh dan hari pun sudah malam barulah Yun Zhou siap menyucikan buah api merah. Tenaga dalam nya telah berkurang sekitar 30% hanya dengan menyucikan bahan sahaja. Tidak dinafikan bahawa pil level delapan sangat sukar untuk diracik kerana banyak yang perlu ditanggung dalam proses membuat nya seperti halilintar pil. Halilintar pil hanya akan menyambar ketika pembuatan pil yang melebihi level enam ke atas.
........................
Di sebuah hutan ada sosok yang sedang melompat dari satu pohon ke satu pohon yang lain dan akhirnya berhenti di atas sebuah batu besar dan mula melukiskan sesuatu pada batu tersebut. Itu adalah sajak, Yun Zhou melukiskan sajak pada batu tersebut dan itu adalah sajak yang telah di tingkatkan dengan hasil latihan yang banyak. Setidaknya sajak tersebut mampu untuk menahan serangan halilintar pill level delapan selama tiga sambaran.
Selain itu Yun Zhou juga mamasang array (formasi) sepanjang 300 meter dari tempat nya untuk mencegah dari sesuatu masuk. Lalu dia duduk bersila sambil menyalakan api di dalam tungku pill.
“Pertama bunga lili enam warna dan seterusnya inti buah naga..... ”
Di dalam kegelapan malam itu Yun Zhou terus menerus meracik pill jindan, dia melemparkan satu persatu bahan pill ke dalam tungku. Sehinggalah matahari terbit dan dia masih belum menyelesaikan tugas nya. Proses memadatkan, menguatkan, dan menyatukan bahan pil memakan sedikit masa sehingga tiga jam lebih dan barulah Yun Zhou memasukkan bahan utamanya iaitu pembuluh darah emas 1000 tahun sebanyak seratus ikat.
Ketika bahan yang terakhir dimasukkan api didalam tunggu meledak-ledak keluar. Yun Zhou menggunakan lebih banyak tenaga dalam nya untuk mengawal api yang sedang mengamuk itu supaya bahan pil tidak hilang dibakar api. Sehinggalah bahan pil tersebut menyatu kesemua nya dan langit berubah dari cerah menjadi gelap.
Tepat di atas kepala Yun Zhou perubahan awan gelap sedang terjadi dan atmosfer berdekatan dengan Yun Zhou meledak dengan kuat menciptakan pelanggaran aura. Sebuah cahaya putih besar kuat dan pantas jatuh menghantam Yun Zhou.
BAAAMMMM!!
Satu halilintar pil sudah berlalu dan Yun Zhou terus mengira nya. Sejujurnya Yun Zhou tidak mengetahui jumlah halilintar pil yang akan terlibat kerana dia hanya memiliki pengetahuan tentang segala pil semasa kehidupan pertama nya dan tidak pernah meracik pil dan untuk kali ini adalah pil keduanya.
BAAAMMMM!!
Dua....
Tiga.....
Sajak pelindung sudah pun hancur berkecai setalah tiga sambaran dan seterusnya Yun Zhou perlu menahan nya sendiri. Lalu dia membuat sepuluh lapisan pelindung tenaga dalam sebelum halilintar selanjutnya menyambar.
BAAMMM!!
empat....
BAAAMMM!!
lima...
Empat lagi pelindung tenaga nya rusak.
BAAAMMM!!
enam...
Halilintar kali ini menghantam mengenai tubuh Yun Zhou setelah dua pelindung nya rusak.
AARRGGGHHHH!!
TUBUH NAGA PETIR!!
BAAAAMMM!!!
tujuh...
AARRGGHHH!!
Walaupun menggunakan tubuh naga petir Yun Zhou tetap merasakan kesakitan nya kerana halilintar pil merupakan halilintar yang tidak biasa dan juga jauh lebih ganas dari halilintar biasa yang selalu mengamuk. Kini tiba giliran halilintar yang terakhir pula. Sebuah wajah mulai terbentuk, itu seperti seekor naga dan jatuh menyambar ke bumi. Yun Zhou tahu itu adalah halilintar terakhir dan terkuat namun dia tidak sempat untuk mengelak kerana pil akan hancur apabila di biarakan kena secara langsung dengan halilintar itu. Jika Yun Zhou membawa pil lari pun halilintar itu akan tetap mengikuti nya sehinggalah mengenai sasaran nya iaitu pill tersebut.
TUBUH NAGA PETIR!!
TRANFORMASI NAGA!!
ROAAAARR!!
Kedua-dua nya pun bertemu dan menghasilkan leputan yang kuat. Seluruh kota bergegar walaupun terletak jauh dari situ namun Yun Zhou tidak berlengah-lengah lagi kerana orang ramai mungkin sudah mengetahui kejadian ini dan bergegas meninggalkan tempat tersebut. Mujur saja dia menderita luka yang sederhana sahaja.
“Patut lah banyak diantara alkimia mati dalam membuat pil level tinggi seperti ini”
Di tangan nya ada tiga buah pil bewarna emas dan sedikit merah mempunyai ukiran pill di atasnya. Itu melambangkan bahawa itu adalah pill tingkat menengah.
Yun Zhou mengakui bahawa menjadi seorang alkimia itu tidak lah hanya perlu berhadapan dengan masalah pembuatan pill sahaja namun ada juga masalah yang seperti ini yang perlu ditanggung oleh mereka pantas saja harga pembuatan pill sangat mahal.