Pendekar Jiwa Naga

Pendekar Jiwa Naga
PULANG


“Huh, benar-benar kelompok yang lemah, tidak layak untuk dibunuh dengan teknik transformasi naga namun itulah yang kalian dapatkan kerana menantang aku. ”


“Hmmmmppp aku akan segera pergi dari tempat ini sebelum lebih banyak dari mereka datang. Ayo! Hie Xue”


Yun Zhou meraih punggung Hie Xue yang berlari kecil ke arah nya lalu segera meninggalkan tempat itu. Bukan kerana dia takut tetapi dia perlu pulang ke rumah dengan segera. Klan Yun sekarang ini mungkin sedang mengalami masalah kerana pengaruh pimpinan ayah nya (Yun Cheng) telah melemah dan sudah pasti sedang berlaku perebutan kuasa mana ada klan yang ingin di pimpinan oleh orang yang cacat. Oleh itu, dia perlu segara pulang dan menemui keluarganya. setidaknya posisi kepala klan akan menjadi miliknya.


“Ayo, Hie Xue lebih laju. Hiaaargghh. ”


“Awoooooooo. ”


Orang kecil yang di dada Yun Zhou melolong kerana angin datang menerpa ke wajahnya dan sensasi nyaman dingin dapat dirasakan setelah dia membuka mulut membiarkan angin masuk melaluinya. Orang kecil tersebut begitu gembira sekali, sikapnya tidak ubah seperti anak-anak kecil. Yun Zhou yang melihat itu tertawa kecil melihat teman nya yang menggemaskan itu suka dan menikmati perjalanan nya.


....................


Yun Zhou melintasi hutan-hutan tebal dengan kelajuan yang pantas sambil pedang nya terhunus di tangan kanannya. Dari pedang nya terlihat tetesan cecair merah hitam jatuh ke tanah sesekali melekat pada daun-daun dan rerumputan. Heran sungguh siapa yang berani menghantar nyawa dengan sia-sia untuk menantang penguasa seorang ini atau itu adalah darah dari hewan iblis yang dijumpai di tengah jalan atau keduanya sudah tidak dapat dipastikan lagi. Yang pastinya banyak nyawa sudah melayang pada hari ini.


Sosok yang menunggang kuda hitam gagah meretas hutan belantara dengan pedang yang terhunus dan dinodai dengan becak darah segar merah kehitaman pasti membuatkan sesiapa yang melihatnya seperti melihat seorang pembunuh veteran yang suka membunuh sesiapa saja yang dijumpainya. Namun yag pasti baik dari sosok ini adalah wajahnya yang tampan.


Niat membunuh ada dimana-mana apabila seorang diri berada didalam hutan sama ada berasal dari hewan iblis penduduk alami perhutanan atau manusia yang serakah harta dengan cara merompak. Yang diperlukan ketika ini hanya adalah keberanian dan kekuatan.


Setelah dua hari perjalan tanpa henti mereka bertiga akhirnya berhenti disebuah desa. Yun Zhou kembali menyimpan pedang nya sebelum memasuki desa. Semua pandangan tertuju pada nya ketika dia menunggang masuk ke kawasan desa itu. Ramai penduduk menunjuk rasa tidak senang dengan kehadiran nya bukan kerana tampilan nya yang ganas tetapi kerana wajahnya yang tampan itu. Rupanya desa ini sering ditindas oleh keluarga kaya anak-anak gadis mereka sering diganggu dan harta mereka juga sering diambil, oleh itu mereka melihat tampilan Yun Zhou yang serba mewah itu hanya mampu melempar kan pandangan tidak puas hati mereka kerana tidak mampu untuk melawan keluarga kaya.


Yun Zhou menghampiri toko pau untuk membeli beberapa sebagai bekalan nya. Dia tidak mempunyai wang lain selain koin emas lalu membayarnya dengan sekeping emas. Seperti yang diharapkan, peniaga itu kaget dan tidak tahu untuk berkata apa-apa lagi setelah melihat koin emas yang di atas meja kerana satu koin emas bisa di samakan dengan sepuluh tahun perniagaan nya.


Lalu Yun Zhou menambah satu lagi koin emas dan bertambah keget peniaga tersebut. Jelas dia tidak dapat mencerna apa yang sedang berlaku begitu juga dengan warga desa. yang lain sifat mereka kepada Yun Zhou kini berubah seratus peratus.


“Berapakah jarak diantara desa ini dengan Kota Bulan Mengambang.”


“Eh, kira-kira enam hari perjalanan dengan kuda. ”


“Ikut arah mana dari desa ini? ”


“Selatan tuan. ”


“Ini ambil seribu koin emas dan bagikan sesama penduduk lain. ”


Tersedak semua orang apabila mendengar perkataan Yun Zhou itu. mereka semua kemudian mengucapkan terima kasih sebelum Yun Zhou pergi menghilang dari desa itu.


“Jika dari sini aku memerlukan enam hari untuk sampai ke kota bulan mengambang, kira-kira sebelas hari perjalanan aku akan sampai di rumah. Cis, cukup lama.”


“Hie Xue pinjamkan aku kekuatan garis keturunan mu. Dengan begini aku akan ambil masa kira-kira empat hari perjalanan. ”


Kelajuan Hie Xue berkurangan didunia ini namun tetap lebih laju dari baka kuda terbaik didunia ini. Jika kelajuan Hie Xue tidak berkurang maka Yun Zhou akan sampai ke rumah hanya dalam satu hari lebih sahaja kerana kepantasan garis keturunan Hie Xue seperti cahaya kilat yang menyambar.