Pendekar Jiwa Naga

Pendekar Jiwa Naga
KESEDIHAN TANPA BATAS


Setelah meninggalkan desa tersebut mereka berdua pon meneruskan pertualangan mereka. Setiap kali perjalanan pasti ada yang menghalangi mereka namun berakhir dengan kejadian yang mengerikan tiada satu pun yang selamat. Petikan lagu kematian sering menjadi panduan dan bergema di angkasa dan ditakuti oleh sesiapa yang mendengarnya. Semakin hari semakin terkenallah nama pendekar yang dikenali dengan lagu kematian ini.. Namanya masyhur kerana banyak membantai kelompok bandit dan pembuat kejahatan yang di jumpainya.


Di daerah timur namanya sering disebut-sebutkan sebagai SANG PEMBAWA PESAN KEMATIAN. Berbagai julukan diberikan namun yang sebenarnya dia adalah orang yang sama iaitu Yun Zhou. Setelah hampir sebulan bertualang dia akhir mengambil keputusan untuk pulang kerana telah lama tidak mendengar khabar dari ayah dan ibunya.


Dari perjalanan pulang mereka menggunakan jalan yang sama ketika mereka datang. Ajaibnya tiada lagi yang menghalangi mereka mungkin kerana telah dihabisi sebelumnya. Perjalanan mereka memakan masa selama beberapa hari dan baru lah mereka sampai ke rumah. Ketika melangkah masuk ke klan, mereka mendapati susana sangat sunyi dan muram tidak seperti sebelumnya.


Kemudian Yun Zhou diselubungi perasaaan tidak sedap hati, lalu melompat dari bumbung ke bumbung yang lain hingga sampai ke rumah ibu dan ayahnya. Dia mendapati ayah dan ibu masih ada dan kenapa mereka sedih.


Melihat ke datang Yun Zhou ibu dan ayahnya terkejut dan sedikit tersenyum gembira kerana anak mereka telah kembali dan tidak terjadi aapapon padanya.


"Yun'er kau sudah tumbuh besar dan kuat sekarang" sapa ayahnya sambil tersenyum tetapi senyum itu terkesan sangat sedih begitu juga dengan ibunya.


"Ibu ayah Yun'er sudah pulang tidak perlu risau lagi" pujuknya.


Terbeliak mata Yun Zhou apbila melihat kakaknya yang pucat itu bukan kerana sudah mati tetapi menderita kesakitan. Tanpa ia sadar dia pun mengalirkan air mata, luluh dan hancur hatinya melihat keadaan kakaknya. Kedua kaki kakak nya di potong dan mengakibatkan nya lumpuh dan cacat seumur hidup.


Melihat adiknya yang sudah kembali membuatkan YUN QING TAN tersenyum dan sedikit gembira walaupun masih mengalirkan air mata dan terpaksa menahan sakit. Apabila melihat kakaknya tersenyum sambil menahan kesakitan begitu membuat kan Yun Zhou merasa sangat lemah lalu dia jatuh berlutut dan akhirnya dia hilang kesadaran. Entah mengapa rasa Cinta yang dalam antara adik beradik membuatkannya kalah dan tak berdaya menghadapi semua itu.


Setelah kembali sadar dia menenangkan dirinya sebentar. Kemudiannya ibu dan ayah nya datang dan menceritakan apa sebenarnya yang terjadi. Kakak nya itu diserang ketika melakukan misi sekte. Dalam serangan itu ramai antara murid sekte dan beberapa orang tetua yang mengambil misi itu semuanya kehilangan nyawa mereka dan hanya kakaknya lah yng masih selamat tetapi kehilangan kedua kakinya. Rupanya kelompok kakaknya di seorang oleh kelompok sekte lain yang berasal dari aliran hitam yang menjadi musuh alami bagi sekte yang beraliran putih seperti Sekte Pedang Ganda.


Kerana terlalu sedih mendengarkan cerita tersebut membuatkan Yun Zhou merasa bersalah kerana tidak ada disisi kakaknya apabila dia diperlukan. Dia menyesal kerana menolak permintaan ayah nya untuk memasuki sekte bersama sama kakaknya. Larut dalam kesedihan dan rasa bersalah secara tidak sengaja kebencian yang terpendam dalam diri nya keluar dengan sendirinya dan membentuk aura kesedihan yang amat sangat sesiapa yang melihatnya pasti akan turut bersedih walaupun awal mereka tidak bersedih pon. Lalu terciptalah sebuah hikmat yang pendendam iaitu..


SAMBARAN AWAN MENYEDIHKAN HATI..


Sang pembawa pesan kematian pon bertekat untuk membalas dendam hingga kan dia bersumpah harga sepasang pasang kaki milik kakaknya itu setara dengan semua sekte-sekte aliran hitam. Dia bertekad untuk menghancurkan mereka semua.