Pendekar Jiwa Naga

Pendekar Jiwa Naga
PERTEMPURAN TERAKHIR 2


Ombak dilautan yang sangat ganas dan liar kini diumpamakan kepada Yun Zhou yang sekarang ini sedang memetik kecapi nya dengan brutal. Setiap permainan nya seolah-olah berbicara di udara.


**MEMBUNUH..


SEDIH...


MEMBUNUH...


SEDIH**...


Kedua musuhnya itu kini sedar bahawa Yun Zhou ini terlalu bijak mengatur strategi nya. Kekuatan mereka kini hampir sama kerana Yun Zhou dibantu oleh pusaka emas sakti. Sudah belasan langkah mereka berundur tetapi mereka masih belum menyerang lagi apakah mereka sedang menunggu Yun Zhou keletihan dahulu. Tiba-tiba..


DEWA PEDANG-SABIT KEMATIAN!!


BOOOMMMMM!!


Pria itu sangat pintar apabila dia menargetkan serangan kepada bumbung pagoda. Lalu langit luar pun ternampak apabila bumbung pagoda itu meledak. Dengan tidak semena-mena halilintar yang berada diluar pun masuk kedalam dan menyambar tepat kearah Yun Zhou.


**BOOOMMMMM!!!


AAARRGGGHHHHH**


Sambaran itu disertakan dengan sebuah jeritan yang tersiksa daripada Yun Zhou. Kini serangan Yun Zhou mengganas telah menjadi kacau dan aura nya semakin tidak stabil. Yun Zhou memandang ke atas dan tertawa dengan kuat sambil melepaskan kemarahan dan kesaktiannya. Halilintar seperti mendengar kan amarah Yun Zhou pun turun sekali lagi. Tetapi kali ini..


KEKUATAN RAJA NAGA-TUBUH NAGA PETIR!!


BOOOMMMMM!!


Halilintar yang menyambar kini tiada lagi efek kepada Yun Zhou tetapi memberinya kekuatan yang melimpah ruah. Yun Zhou mentertawakan tindakan pria itu dengan tawa yang penuh penghinaan.


“Baiklah. ”


PERMAINAN PEDANG DEWA-SERIBU PEDANG PULANG KE ASAL!!


TEKNIK SERULING DEWA-SEBUAH KEHIDUPAN UNTUK SEBUAH KEMATIAN!!


Mereka menggabungkan kedua serangan menjadi satu dan mengumpulkan kekuatan mereka sehingga ke puncaknya. Begitu juga Yun Zhou dia dengan dibantu oleh pusaka emas sakti dan juga kekuatan halilintar memusatkan seluruh potensi nya kedalam permainan kecapinya. Seluruh pagoda kini dalam kacau balau sehingga kan mereka bertiga di paksa untuk bertarung diluar.


“Marilah kita mati bersama-sama anak kecil. Jangan harap kami akan membiarkan mu berhasil. Ini memang hukum Rimba, hukun Rimba yang sesungguhnya. ”


Setelah menghabiskan perkataan nya pria itu pun mengarahkan serangan yang super dahsyat itu kepada Yun Zhou. Sebuah pedang emas hitam besar yang terbentuk daripada beribu bilah pedang dan juga campuran daripada seruling dewa pun melintas tepat kearah Yun Zhou. Serangan itu secara aslinya memang serangan yang terkuat yang pernah dihadapi oleh Yun Zhou. Kini dia tidak ada pilihan lain lagi selain menggunakan kekuatan meridian nya bersama-sama dengan teknik keramat api merah dan mencampur kannya kedalam teknik permainan kecapi nya.


KEKUATAN 3 MERIDIAN API:


KERAMAT API MERAH


Atmosfer menjadi begitu panas dan bergetar-getar dan Udara menghasilkan letupan panas. Tetapi sebelum kedua serangan itu bertemu ada sebuah sosok yang muncul dan berteriak..


“BERHENTI”


“Jangan diteruskan lagi pertarungan ini. Ini adalah pertarungan yang sia-sia, kalian bertiga akan mati setelah serangan kalian bertemu.”


Mereka bertiga pun menjadi sedar kembali dan menghentikan serangan mereka dengan paksa. Akibatnya sebuah letupan yang dahsyat pun berlaku. Ketiga dari mereka terpental jauh oleh kerana letupan itu. Yun Zhou kembali menjadi tidak berdaya kerana cederanya kini lebih teruk daripada sebelumnya setelah letupan itu berlaku. Seluruh badannya melecur dan tulang-belulang nya hacur sebanyak sembilan persepuluh. Kini dia diumpamakan seperti seekor sotong bakar tanpa tulang.


Pada akhirnya pertarungan itu tidak dimenangkan oleh sesiapa pun. Mereka bertiga seri dan dinobatkan sebagai tiga pemilik pagoda.