Pendekar Jiwa Naga

Pendekar Jiwa Naga
SEMBILAN MERIDIAN UTAMA


Kota Arus sangat besar dan penduduknya bercampur dengan pelbagai ras membuatkan kota tersebut dikenali dengan kota bebas. Di kota itu jelas kelihatan sistem kasta yang kuat. Walaupun tampak damai tetapi penindasan sering berlaku yang kuat di atas yang lemah itulah hukum dunia. Kehormatan hanya bisa diperoleh dengan kekuatan dan kekuasaan.


YunZhou sedia maklum hukum dunia tersebut yang tidak terlalu jauh dengan hukum didunia dia sendiri.


Sebaik saja sampai dikota tersebut YunZhou menyuruh YuSue memakai jubah dan kerudung hitam untuk menutupi badan dan wajahnya. Dia tidak mau kejadian yang sama berulang kembali kerana wanita cantik selalunya akan menarik perhatian ramai. Itu akan menjadi masalah dan merepotkan.


Mereka berjalan-jalan di dalam kota sambil memerhati keadaan seisi kota dan tidak lupa juga untuk menguping beberapa maklumat yang terlintas di telinga.


“YuSue apakah kau tahu selok belok kota ini¿”


“Iya ”


“kalau begitu ambil ini dan belikan aku semua jenis racun yang ada di kota ini. Di dalam itu ada 1000 koin emas setelah kau membeli apa yang ku minta koin yang selebihnya akan menjadi milik mu.“


YunZhou melemparkan sebentuk cincin kepada YuSue. YuSue sedikit bingung bagaimana sebentuk cincin yang kecil seperti ini boleh menyimpan koin emas yang begitu banyak. YunZhou sedikit mengeluh dan mengajarkan YuSue cara menggunakan cincin ruang & waktu.


“Wah, hebat sekali. Rupanya ada juga kantung Qian Qun dalam bentuk cincin cuma bedanya perlu menggunakan darah untuk bisa memakainya. ”


Kantung Qian Qun mempunyai alam semesta di dalam nya dan di buat dengan ukiran jimat yang tertentu. Keluasan dalamnya tergantung pada kualitas kantong tersebut. YuSue kelihatan gembira sekarang dia boleh menyimpan barang-barang nya di dalam cincin tersebut dan juga memudahkan. Tidak seperti kantung Qian Qun yang selalu nya di pakaikan di pinggang dan mudah terlihat oleh orang lain.


“*Berapa lebihan koin emas yang ada padamu”


“Lapan ratus keping koin emas tuan.. ”


“Baiklah itu akan menjadi milikmu gunakan dengan baik dan beli apa yang diinginkan oleh dirimu sendiri*.”


YuSue kelihatan gembira dia tidak pernah kesusahan pun sejak bersama dengan YunZhou malah dapat makan yang enak-enak lagi walaupun tidak enak bagi YunZhou. Lalu mereka berpisah dan bertemu kembali di restoran tersebut pada esok hari.


Malam itu YunZhou menyewa sebuah bilik sederhana yang berada di hujung kota. Kawasan tersebut sedikit sunyi dan juga dikelilingi oleh sedikit hutan. YunZhou mengunakan ember besar untuk mencampur adukkan semua jenis racun. Cairan racun yang bercampur menghasilkan asap yang kehitaman dan juga sangat beracun bahkan atap rumah saja sedikit terbakar apabila terkena asap dari racun yang di. campur oleh YunZhou itu.


Kemudian dia menanggalkan pakaiannya dan duduk berendam di dalam lautan racun tersebut. Seluruh tubuhnya terasa terbakar ketika dia memasuki lautan racun tersebut dan menghasilkan teriakan yang sangat keras. Walaupun menggunakan teknik pemurnian tubuh tingkat maksimal dia masih perlu menahan kekuatan racun yang pelbagai jenis tersebut dan mengubah nya menjadi energi Qi dan menyerapnya.


Dia mengalirkan kesemua Qi yang diserapnya keseluruhan badannya. Di luar terasa penyiksaan yang dahsyat tetapi di dalam merasakan kenyamanan. Dia terus menerus menyerap semua racun tersebut sehingga kering dan menukar nya menjadi energi Qi. Tujuannya adalah untuk membuka sebagian meridian besar daripada sembilan meridian utama di tubuhnya. Masa terus berlalu dan dia masih dalam keadaan berkultivasi tidak lama kemudian tubuh nya menjadi sedikit besar dan berotot daripada yang sebelumnya dan banyak juga cairan hitam lengket yang keluar dari tubuhnya menandakan dia telah berjaya membangkitkan meridian utamanya.


Tanpa diduga dia telah berjaya membuka kesemua meridian utama miliknya dalam tempoh satu malam walaupun dia perlu menahan kesakitan yang teramat sangat sebagai pembayarannya. Kini dia tinggal membuka meridian-meridian besar dan kecil sahaja. Kemudian YunZhou membersihkan diri dan dia kembali berkultivasi untuk memulihkan tenaga dalamnya yang banyak terkuras semasa membuka meridiannya sehingga pagi datang menjemput nya.