
Keaadan di Kota Ribut semakin galak dengan kehadiran pendekar-pendekar dari segala tempat. Khabar tentang telah terjumpanya makam kuno terlalu cepat menyebar sama seperti angin membawa debu.
Tidak mensia-siakan kedatangan para pendekar tersebut YunZhou memperoleh banyak maklumat yang berguna tentang gejolak di dunia tersebut.
“Hei, apakah kalian tahu di kota penjuru alam yang lain terdapat ras-ras lain yang berkumpul seperti kita untuk menjarah makam tersebut.”
“Iya, memang itulah yang sedang terjadi. Ras lain sudah mulai ikut campur dan kemungkinan akan terjadi peperangan antara ras demi merebut makam kuno tersebut. Aku kuatir kita hanya pergi untuk mengantar nyawa kita semata-mata.”
“Apa yang perlu di takutkan kita kan kuat. Lagi pula kita manusia mempunyai peluang yang banyak untuk menang dengan bantuan tentera kerajaan yang di pimpin oleh Pangeran Ketiga.”
“Memang benar tetapi ibu kota sangatlah jauh dan kita hanya mempunyai waktu sekitar dua minggu sahaja sebelum musim sejuk tiba. Oleh itu, kita juga perlu berhati-hati dan bersiaplah lebih awal untuk menghadapi segala kemungkinan.”
Beberapa pendekar muda saling bertukar kata. Ada yang melahirkan rasa bimbang dan ada yang percaya diri sepenuhnya. Tanpa mereka sedari percakapan mereka melintasi telinga YunZhou dan membuatkan YunZhou tidak senang hati. Jika perang terjadi para penduduk yang lemah tidak akan bisa melindungi diri dan mungkin tidak ada diantara mereka yang tersisa setelah perang tamat.
“Hmmpp, apa itu kota empat penjuru alam¿”
Kota empat penjuru alam adalah empat buah kota yang di duduki oleh empat ras iaitu ras manusia (Kota Ribut), ras demon (Kota Hitam), ras peri (Kota Awan), dan ras dwarf (Kota Pasir). Keempat kota itu dibina ribuan jutaan tahun lalu oleh pendahulu setiap ras tersebut atas alasan yang tidak diketahui. Empat kota itu membentuk segi empat yang mengelilingi beberapa buah hutan yang sangat luas.
Melalui titik tengah pertemuan empat kota tersebut seseorang tanpa sengaja menjumpai makam kuno. Lalu keempat kota pun menjadi heboh dan sudah mencuba pelbagai cara untuk meraih makam tersebut tetapi gagal kerana makam tersebut dilindungi oleh sebuah segel khusus yang sangat kuat.
YunZhou kemudian mengalirkan tenaga dalam nya kepada kudanya. Lantas begitu kudanya mempunyai mata yang merah semerah saga. Kalajuan kuda menjadi lebih laju dari sebelumnya dan dia juga menyuruh YuSue untuk mengalirkan energi sihirnya kepada kuda nya. Dalam hanya beberapa jam sahaja mereka sampai ke tempat.
Tersegam Indah lah sebuah bangunan kuno yang kukuh tanpa sebarang cacat. Makam itu dilindungi oleh sebuah segel yang bermotif kan api lantas saja tiada seseorang pun yang datang kesini pada masa ini kerana menunggu musim sejuk tiba dalam dua minggu lagi dan segel akan melemah sepenuhnya. Ketika itulah orang-orang akan mulai bertindak.
”*YuSue kenapa ras naga dan ras siluman hutan tidak tertarik dengan makam ini.”
“Itu kerana ras naga mempunyai wilayah yang terbesar dan juga sangat bermanfaat bagi mereka sebuah harta seperti makam kuno ini tidak ada apa apanya bagi mereka begitu juga dengan ras kami siluman hutan. Kami tidak tertarik dengan harta sebegini kerana di tanah kami yang dikenali sebagai tanah suci jauh lebih hebat berbanding dengan 100 makam kuno*.”
YuSue terkesan sedih sambil menceritakan tentang tanah suci kerana dia merindui rumah nya. YunZhou yang tidak mahu lanjut bicara dia pun mencoba sesuatu.
HIKMAT TERLARANG :
RAJA NAGA MEMBALIKKAN TAKDIR!!!
Dengan tiba-tiba YuSue mendapatkan tuan nya menghilang dan mencarinya dengan tergesa-gesa lalu dia mendapati YunZhou sedang berada di balik segel tersebut sambil tersenyum puas. Lalu YunZhou kembali dan menggendong YuSue dan masuk ke dalam makam kuno tersebut. YuSue sedikit kaget dan malu-malu kerana diperlakukan sebegitu tetapi malah diam kerana suka. Akan jadi gila jika orang biasa melihat wajah cantik YuSue yang malu malu digendong YunZhou.