Pendekar Jiwa Naga

Pendekar Jiwa Naga
PAGODA HITAM


“*Hahahahaha, hebat kau anak muda. Tak ku sangka kau bisa mengalahkan cacing kuno tersebut.”


“Sekarang kau perlu berjalan terus ke depan dan kau akan menjumpai sebuah pintu emas yang besar dan gunakan kunci yang kau dapatkan itu untuk membuka nya.”


“Sial betul aku masih berada dalam tahap penyembuhan tau.”


“Janganlah terlalu berlama di dalam makam ku ini anak muda kerana makam ini selalu berubah-ubah. Kalau nasib kau tidak baik kau akan berjumpa dengan mahluk-mahluk yang jauh lebih kuat dari cacing kuno yang kau lawan itu*. ”


Bergetar tubuh YunZhou, melawan cacing kuno pun dia sudah terluka parah. Untung saja ada pusaka emas sakti yang membantu proses penyembuhannya kalau tidak dia pasti akan menjadi mayat. Dalam keadaan nya yang sedang terluka ini jika dia menghadapi lagi makhluk yang lebih kuat dari cacing kuno tersebut sudah tentulah dia tidak mampu bertahan lagi walaupun dalam tempoh satu nafas sekali pun.


YunZhou pun malas berlama-lama di situ dan terus mengikuti nasehat pamilik makam tersebut. Ketika dia sampai di sebuah pintu besar bewarna emas dia pun mencari di mana terletaknya lubang untuk memasukkan kunci yang dia dapatkan tersebut.


“Ah sial, adakah pintu ini di buat untuk orang yang bersaiz gergasi. Lubang kunci nya saja perlu setinggi itu.”


YunZhou tak henti-henti mengutuk apabila dia melihat lubang kunci tersebut terletak sangat tinggi. Dia kemudian nya melepaskan nafas yang seolah-olah mengandungi beban dan kemudian nya duduk berkultivasi. Untuk keadaan nya yang sekarang ini dia tidak bisa terbang kerana tenaga dalamnya digunakan untuk merawat lukanya.


Dia duduk berkultivasi mencari pencerahan lalu di dalam pikiran nya muncullah berbagai teknik dan metode khusus kultivasi. Dia pun memilih salah satu daripadanya yang dinamakan AWAN DI ATAS ANGIN.


Dengan teknik tersebut dia dapat menginjak angin untuk sampai ke atas dimana tempat lubang kunci itu berada. Teknik Awan Di Atas Angin membolehkan pengguna nya memijak angin dan berjalan di atas angin selain menjimatkan penggunaan tenaga dalam.


Lalu pintu emas besar itu pun terbuka sehinggalah menampakkan sebuah bangunan serba hitam dan dikelilingi oleh pancaran kilat di luar nya.


“Ada apa leluhur, kenapa kau mengeluh? ”


“Tidak apa-apa kau teruskan saja masuk kesana dan beringatlah untuk sentiasa berhati-hati*.”


YunZhou kemudian nya pun masuk dan melepasi pintu emas tersebut. Setelah kedua kaki YunZhou melepasi pintu emas tersebut lalu pintu itu pun menghilang dari pandangan nya. Di luar..


“Haih, nak sungguh tidak beruntung nasib mu. Kau membuka pintu menuju ke PAGODA HITAM. Antara kesepuluh pintu, pintu pagoda hitamlah yang paling sulit mahupun di sana kau tidak akan dapat mengandalkan naseb, tiada pertolongan,tiada petunjuk dan kau hanya perlu bergantung kepada seberapa kuatnya diri mu.”


Leluhur makam tersebut kedengarannya sedang mengeluh nasib YunZhou dan berharap agar YunZhou dapat mengatasi beban daripada pagoda hitam tersebut. Sesiapa yang masuk ke pintu pagoda hitam hanya ada dua pilihan iaitu hidup atau mati.


Untuk hidup seseorang itu perlu menyelesaikan misi yang di berikat oleh pagoda hitam itu sendiri. Walaupun kedengaran sangat senang tetapi tiada sesiapa pun yang berjaya menyelesaikan nya hingga ke hari ini. Kini hidup dan mati YunZhou di tentukan oleh seberapa kuatkah dirinya dan seberapa sukses kah dia menjalankan misi yang di berikan kepada nya.


Sebelum memasuki pagoda hitam YunZhou di sambut dengan pancaran petir yang begitu galak menargetkan dirinya. Mau tidak mau dia terpaksa mengelak dari semua petir tersebut kalau tidak tentulah dia akan menjadi manusia bakar nanti nya.


Sudah banyak petir yang di lewati oleh YunZhou namun dia belum memahami konsep petir tersebut sehinggalah dia dia menyedari bahawa ada kawasan yang tidak pernah di sambar petir iaitu sebuah jalan kecil yang di penuhi oleh batu-batu bewarna putih yang menuju ke pintu pagoda hitam tersebut.


Lalu dia pun menempati jalan tersebut dan berhasil mengelak semua petir. Semasa dia berjalan di jalan penuh batu itu, petir sama sekali tidak menyambar tetapi kewaspadaan nya tetap tidak berkurang. Setelah dia benar-benar sampai di hadapan pintu pagoda tersebut dia pun membuka pintu itu dengan menolak nya namun tidak berhasil.