
Yun Zhou kemudian meneruskan perjalanan nya menuju ke sebuah kota yang terdekat. Tak berapa lama kemudian dia sampai ke sebuah kota kecil yang terlihat sangat sibuk dan padat dengan penduduk nya.
“Biaya satu koin perak bagi orang asing untuk masuk ke dalam kota.”
Jelas seorang pengawal yang bertugas di gerbang kota tersebut apabila melihat Yun Zhou seperti orang asing melalui cara berpakaian nya. Setelah membayar dia pun memasuki kota tersebut. Sebaik saja dia melangkah masuk ke kota dia terus menjadi perhatian orang ramai.
Mereka yang berpapasan dengannya akan menunduk hormat dan terlihat ketakutan. Rupanya dia di anggap sebagai orang yang kaya dan berpengaruh kerana pakaiannya yang sangat bersih dan juga terlihat mahal. Hampir kesemua penduduk di kota tersebut hanya hidup dalam keadaan sederhana. Dan orang yang mempunyai kekuatan dan kekuasaan menjadi hukum sedangkan rakyat jelata seprti mereka hanya lah bidak yang tidak berguna. Wajarlah mereka semua begitu berhati-hati dengan Yun Zhou.
Sistem di dunia tersebut juga sangat berbeda dengan sistem di dunianya kerana Yun Zhou dapat melihat sistem perbudakan masih berlaku di dunia tersebut. Ada juga sesetengah peniaga yang menjual budak dari pelbagai ras dan manusia juga tidak terkecuali.
Yun Zhou berjalan mengelilingi kota tersebut dan akhirnya dia sampai di sebuah pasar dan tertarik untuk melihat barangan yang di jual di pasar tersebut. Sedang dia melawati satu persatu toko yang ada di pasar tersebut dia tanpa sengaja memasuki sebuah toko khas penjualan budak.
“Selamat datang tuan. Ada yang boleh saya bantu ,jikalau tuan datang hendak membeli budak silakan ikut saya. Disini kami menjual banyak gadis-gadis dari pelbagai ras yang cantik-cantik dan masih suci juga ada silakan di pilih tuan!! ”
Tanpa dipinta seorang wanita tua datang dan merekomenkan kepada Yun Zhou beberapa gadis yang dijual di toko tersebut. Dia kemudian nya memerhatikan semua budak yang dijual di toko tersebut. Ada ras (nota : kaum dignti menjadi ras) demon yang kulit dan wajah mereka bewarna unggu atau hitam, ada ras dwarf, manusia, peri yang berbadan kecil dan satu ras yang mempunyai telinga yang panjang.
Ras telinga panjang tersebut kemungkinan adalah dari ras naga kerana dari penampilan mereka yang sangat kacak dan cantik. Pada akhirnya mata Yun Zhou jatuh kepada seorang gadis cantik bertelinga panjang. Dia kemudian nya mengatakan bahwa dia ingin membeli budak dari ras naga.
“Tuan.. se.. sep... ertinya masih baru di sini. Ras naga tidak boleh di jual sebagai budak kerana ras naga merupakan ras terhormat dan mereka sangat kuat bahkan menjadi ras terkuat antara ras lain dan mereka juga saling menjaga setiap dari mereka dengan baik. “
“Lalu apakah ras bagi gadis cantik yang bertelinga panjang itu. “
Wanita tersebut menerangkan bahawa ras bagi gadis yang ditunjukkan oleh Yun Zhou itu adalah daripada ras siluman hutan. Yun Zhou sedikit heran kerana didalam buku kuno yang dibaca olehnya tidak disebutkan tentang ras siluman hutan. Lalu dia bertanya lebih lanjut.
“Biara aku lihat dahulu gadis tersebut. “
Mereka pun berjalan ke arah gadis tersebut dan Yun Zhou pun melakukan penilaian nya. Wanita itu menerangkan bahawa gadis tersebut bernama YuSue dan masih suci. Yun Zhou memerhatikan setiap sudut gadis tersebut sehingga membuat gadis tersebut ketakutan dengan tingkahnya.
Setelah berpuas hati dia menyatakan kesediaannya membeli gadis tersebut lalu mengeluarkan satu keping koin permata dan memberinya kepada wanita tersebut. Terkejut wanita tersebut apabila melihat Yun Zhou membayar mengunakan koin permata kerana koin permata harga jauh diatas koin emas.
-satu koin permata\=10,000 koin emas
-satu koin emas\= 1000 koin perak
-satu koin perak\=1000 koin perunggu
Lalu wanita tersebut menerima koin yang diberikan oleh Yun Zhou itu dan mengucapkan terima kasih. Setelah selesai Yun Zhou bersama-sama gadis tersebut YuSue pergi membeli beberapa pakaian.
“Kau seorang yang ahli berpedang kan. Apakah kau mau sebilah pedang. “
Yun Zhou bertanya kepada gadis tersebut. YuSue jelas kaget kerana dia tidak pernah memberi tahu sesiapa pun tentang dirinya yang mahir menggunakan pedang.
“Iya, aku mahir menggunakan pedang dan juga sihir kerana setiap dari suku siluman hutan diwajibkan untuk melatih kemampuan mereka dari usia muda lagi. “
Yun Zhou berpuas hati dengan gadis tersebut dan mereka seterusnya pergi meninggalkan kota tersebut setelah menjamu selera dengan menaiki kuda. Tujuan mereka seterusnya adalah kawasan perhutanan. Yun Zhou bertujuan untuk melihat kemampuan suku siluman hutan dalam menggunakan pedang dan sihir mereka.