Pendekar Jiwa Naga

Pendekar Jiwa Naga
PERTEMPURAN TERAKHIR


“Mari mulakan.”


Yun Zhou tidak mahu membuang masa lagi. Lambat laun dia pasti akan mati. Kini tubuhnya sedang berada dalam kondisi yang terbaik, jika dia berlama-lama sudah tentulah dia akan kalah. Dia sudah bertarung tanpa henti dan kecederaan nya juga semakin bertambah setiap kali dia bertarung. Dia cuma mengambil kesempatan untuk memulihkan dirinya ketika musuh sedang tidak menyerang nya.


“Hahahahahaha keberanian kau memang patut dipuji. Jarang sekali ada manusia yang tidak takut mati selalunya mereka akan menjilat apa saja asalkan selamat. Kalau begitu aku tidak akan segan-segan lagi.”


FOOOOWWWSSSHH!!


Satu tebasan melintas hampir mengenai Yun Zhou. Sang pemilik pagoda tidak memberi muka sedikit pun kepada nya. Dia cuma menjanjikan untuk tidak menggunakan tipu muslihat sahaja ketika melawan Yun Zhou tetapi tidak kekuatan penuh miliknya.


Beberapa helai rambut Yun Zhou terpotong hampir mengenai telinganya. Yun Zhou sempat mengelak dengan pantas. Dia juga terkejut dengan serangan daripada pria itu. Serangan nya adalah tebasan pedang kosong sahaja dan yang paling menakjubkan adalh kepantasan nya. Mata Yun Zhou langsung tidak boleh untuk mengikuti kelajuannya.


“Sungguh bahaya! serangan kosong seperti itu hampir saja mengenai ku. Nampak nya aku perlu mengerahkan seluruh potensiku dan mendorongnya melebihi batasku.”


**TELAPAK AIR LAUT!!


KEKUATAN PEMBULUH DARAH NAGA**!!


Yun Zhou tidak dapat mempercayai apa yang dilihat dengan matanya sendiri dengan apa yang terjadi setelah itu. Serangannya dengan mudah dibelah oleh pria itu hanya dengan menggunakan tebasan kosong sahaja. Kemudian pria itu mundur tiba-tiba dan wanita cantik yang dari awalnya hanya melihat pertarungan mereka maju kehadapan.


Wanita itu menaruh kan seruling yang dipegang olehnya ke mulutnya. Dia tersenyum sinis sambil melirik Yun Zhou sebelum meniup seruling itu. Aura yang harmonis pun kedengaran apabila seruling itu ditiup oleh wanita itu namun bagi Yun Zhou aura itu bukanlah sesuatu yang dapat dianggap biasa. Lalu dia pun mengeluarkan kecapi miliknya dan memetiknya dengan cepat.


Dua aura pun ber getaran apabila bertemu, keduanya mempunyai daya lawan yang luar biasa kerana aura yang dilepaskan oleh Yun Zhou sangatlah sedih dan sangat berlawanan dengan aura yang dilepaskan oleh wanita itu yang sangat harmonis.


Terkejut wanita itu apabila melihat Yun Zhou kini sedang duduk bersila dan dengan santainya membalas serangan nya. Yang paling dia tidak percaya adalah bahawa Yun Zhou dapat menggunakan aura yang berlawanan dengan aura miliknya walaupun hanya secara kebetulan.


“Anak kecil sepertinya aku sangat meremehkan mu. Kau memang selalu menyimpan seribu rahsia.”


Wanita itu berhasil kagum kerana jarang sekali ada pendekar yang bisa menggunakan berbagai jenis senjata lain setelah mahir dalam menggunakan satu senjata. Seperti Yun Zhou yang bisa menggunakan teknik berpedang, tangan kosong dan juga musik.


“Anak kecil terimalah jurusku ini.”


Wanita itu melepaskan auranya membentuk jarum-jarum kecil yang tidak kasat mata. Jumlahnya kira-kira lebih daripada seribu lalu dia meluncurkan kesemua jarum-jarum hujan itu kepada Yun Zhou. Yun Zhou tidak berdiam diri lalu dia pun melepaskan juga sebuah jurus permainan nya dengan memetik tali kecapi nya dengan kuat.


**TAAAANGGGG!!


RINTIHAN BINTANG KESUNYIAN**!!


Aura yang sedih kini bercampur baur di udara lalu ratusan aura pedang pun tercipta mengelilingi Yun Zhou. Hanya dalam beberapa detik sahaja aura pedang yang tercipta itu pun berpusing disekitar Yun Zhou dengan laju. Ratusan aura pedang itu di mainkan oleh Yun Zhou semakin lama semakin menjadi-jadi sehinggalah mata Yun Zhou mengalirkan setitik air yang jernih. Demi meningkatkan kekuatan permainan nya dia perlu merasakan kesedihan yang terdalam kerana aura kecapinya juga mempunyai aura yang sedih.


Ribuan jarum-jarum hujan itu terhalangi oleh ratusan aura pedang yang dimainkan oleh Yun Zhou. Yun Zhou terus berkonsentrasi pada permainan nya supaya jarum-jarum hujan yang dimainkan oleh wanita itu tidak mengenai nya. Tanpa dia sedari permainanya mencapai ke benak sanubari wanita itu sehinggalah wanita itu terpecah konsentrasi nya.


“Cis aku tidak boleh membiarkan Mei kalah pada anak kecil itu.”


Pria yang awalnya memerhatikan dengan penuh minat akhirnya turun tangan juga. Dia memanggil wanita itu dengan panggilan Mei. Lalu dia pun meluru ke arah Yun Zhou sambil melepaskan tekniknya dan menyerang dengan sekuat yang mungkin.


DEWA PEDANG-PEDANG LANGIT RUNTUH!!


SWOOOOOSSSHHH!!


Pedang yang dipegang olehnya dilibas dengan sangat laju melebihi kecepatan angin lalu tiba dengan cepat tiba di leher Yun Zhou. Memang permainan pedang kali ini lebih jauh hebat daripada pria tua yang dihadapi oleh Yun Zhou sebelumnya namun itu tidak bermakna teknik dan permainan pedang itu tiada kelemahannya.


**RUANG PENAKLUK DALAM SAMBARAN ANGIN!!


RINTIHAN BINTANG KESUNYIAN!!


SAMBARAN AWAN MENYEDIHKAN HATI**!!


Yun Zhou menggabungkan dua jenis teknik bermain kecapi nya dan juga dengan paksa menggunakan sebuah teknik tangan kosong miliknya yang terhebat itu dan memaksa kesemua nya kedalam satu serangan.


Segala aura pedang yang diaktifkan oleh Yun Zhou yang awalnya biasa-biasa saja kini menjadi semakin liar, aura pedang berubah menjadi kemerahan seperti merah darah dan aura kesedihan menguasi seluruh ruangan pagoda itu. Kosentrasi kedua musuhnya semakin kacau kerana mereka dipaksa untuk menerima kesedihan yang keramat itu. Dinding-dinding dan lantai padoga yang bersentuhan dengan aura pedang milik Yun Zhou hancur dan menjadi serpihan kecil. Jelaslah ini bukan suatu serangan yang biasa-biasa, mata Yun Zhou sekarang ini memaparkan cahaya yang kemerahan semerah saga. Dia kini bagaikan air lautan yang berombak ganas yang sedang menghantam bebatuan di tepi pantai.