
“Ummpp.. diamana aku ini. Ah mungkinkah aku sudah mati, hahahaha maaf ibu ayah aku mengecewakan kalian.”
Setelah beberapa hari Yun Zhou akhirnya siuman dan menyangka bahawa dirinya telah mati. Dia merasakan kesakitan diseluruh badan dan juga merasa seperti lumpuh. Dia tidak dapat menggerakkan tubuh badannya dan juga tidak dapat merasakan tindak balas dari seluruh anggota nya.
“Tuan kau telah bangun. Tolong jangn diusahakan bergerak tuan sedang berada di dalam proses penyembuhan. Tulang tuan sedang digantikan dan tuan juga dalam proses pemurnian meridian.”
Seorang gadis cantik bertelinga panjang tiba-tiba menyapa Yun Zhou. Riak wajah Yun Zhou jelas menunjukkan keterkejutan dan rasa kecewa. Dia sangat mengenali wajah gadis cantik tersebut namun apa yang sedang dia lakukan di alam baka (alam kematian) ini pikir Yun Zhou.
“Ah, tua keparat itu beraninya. Padahal dia telah berjanji untuk melindungi YuSue namun dia juga pandai berkhianat. YuSue maafkan ku kerana aku tidak cukup kuat kau terpaksa mengikuti aku ke alam baka. Nanti di kehidupan selanjutnya akan kubalas perbuatan mereka itu.”
CELEPUKKK!!
“Siapa yang kau panggil tua keparat. Kau sepatunya bersyukur kerana aku sanggup untuk membantumu untuk memulihkan dirimu. Dan lagi satu di sini masihlah dunia nyata bukannya alam baka.”
“Eh!! ”
Setelah kepalanya diketuk barulah Yun Zhou sedar bahawa dirinya masih belum mati lagi dan yang berada disebelah nya adalah YuSue yang asli. Dia memandang ke semua arah dia mendapati bahawa ada dua orang pemuda yang sedang berdiri tidak jauh dari tempatnya lalu dia dengan cepat bisa mengenali mereka berdua itu. Mereka lah yang bertarung dengan nya beberapa hari lepas. Kemudian dia terlihat pula seorang pria tua yang sedang terapung diudara lantas matanya terbeliak kaget.
“Mana mungkin.. ah memang aku sudah mati nampaknya.”
Setelah dia melihat pria tau itu dia langsung mengatakan bahawa dia telah mati kerana pria tua itulah yang telah dibunuh olehnya di lantai kedua pagoda hitam tempoh hari. San juga ada seorang pria tua lagi yang berada dekat dengannya yang berpakaian serba putih.
PLAAAAKKK!!
“Aduh!! ”
Sekali lagi kepalanya di ketuk oleh pria tua berjubah putih itu. Tiba-tiba pria tua itu bersuara..
“Aku adalah pemilik makam ini dan mereka bertiga yang telah kau lawan adalah anak murid ku. Kau beruntung aku datang tepat waktu untuk menghentikan pertarungan antara kau , Mei dan Ling. Dan untuk pria tua yang berada disana kau tidak pernah membunuhnya kerana dia hanya menghilangkan dirinya sahaja.”
“Oh jadi itulah yang terjadi. Terima kasih tetapi kenapa aku tidak boleh bergerak sama sekali dan juga kenapa tenaga dalam ku disekat.”
“Kami akan menggantikan tulangmu dengan tulang makhluk itu.. ”
Pria tua itu menunjukkan ke arah langit. Yun Zhou diam tidak terkata apa-apa seolah-olah mulut dan lidahnya telah dipaku rapat. Mana tidaknya apabila dia memandang ke atas dia mendapati bahawa ada seekor naga asli yang sudah menjadi tulang belulang sedang tergantung diatasnya.
“Kalian bercanda kan hendak menukar tulangku dengan tulang makhluk suci itu. Mana muat semuanya.”
“Sama sekali tiada yang bercanda nya. Kami akan meleburkan semua tulang naga itu dan memasukkan kedalam tubuhmu. Untuk itu kau perlu menahan sakit yang teramat sangat dan tidak dibenarkan menggunakan tenaga dalam.”
“Sebelum itu. apakah hubungan kau dengan LONG KHAI. ”
“Long Khai.. darimana kau mendengar nama itu. Apakah yang dimaksudkan adalah Shen Long Khai? ”
“Iya Shen Long Khai. Apakah hubungan kau dengannya dan kenapa kau datang kedunia ini? ”
“Jadi kalian sudah tahu dari awal bahawa aku ini bukan berasal dari dunia ini.”
“Tidak, tetapi gadis cantik yang disana lah yang memberitahu kami semua.”
“Oh begitu, mengenai Shen Long Khai dia adalah guruku.”
Yun Zhou tidak menyangka sama sekali bahawa gurunya begitu dikenali didunia ini. Dia tersangat kaget tetapi tidak dapat menunjukan nya kerana dia sedang kritis.
“Jadi begitu, kau adalah murid dari yang mulia naga Shen Long Khai. Pantas saja kau bisa menggunakan teknik suci leluhur kami semua iaitu Shen Long Khai.”
Mereka semua kemudian nya berlutut kepada Yun Zhou dan meminta maaf dengan layanan mereka semua. Yang mulia Shem Long Khai adalah leluhur suci mereka yang sangat Agung dan tiba-tiba telah menghilang dari dunia tersebut menuju ke dunia lain selama jutaan ribu tahun yang lalu.
“Apa yang kalian lakukan, aku bukanlah sesiapa. ”
“Kau adalah murid suci leluhur kami dan kami melayani mu dengan buruk mohon maafkan kami. Kami bersedia untuk menjadi bawahan mu.”
“Tidak perlu!! aku tidak memerlukan bawahan. Berapa kali pun kalian meminta nya akan ku tolak. Dan tujuan aku untuk datang ke dunia ini adalah berkaitan dengan pusaka emas sakti.”
“Apa!! pusaka emas sakti. Di manakah itu? ”
Mereka tersangat kaget setelah mendengar bahawa Yun Zhou mengatakan tentang pusaka emas sakti lalu Yun Zhou pun menunjukkan sebelah lengannya yang mempunyai tatto bewarna emas. Mata mereka memandangnya dengan ketakutan.
“Pusaka emas sakti bergabung dengan tangan!! apakah aku tidak bermimpi.”
“Legenda leluhur mengatakan bahawa yang Mulia Shen Long Khai pergi ke dunia yang dipenuhi oleh manusia untuk mencari pemilik yang sebenarnya bagi pusaka emas sakti. Pusaka emas sakti telah digunakan turun temurun oleh ras naga dan sebab itulah ras naga menjadi yang terkuat didunia ini tetapi pusaka emas sakti belum pernah menjumpai pemilik yang sebenarnya. Lalu yang Mulia leluhur pergi dengan seorang anaknya kedunia lain dan membawa satu daripada dua pusaka itu untuk mencari pemilik yang sebenarnya nya. Dikatakan juga apabila pusaka menemukan pemiliknya maka dia akan bergabung dengan tangan pemilik tersebut.”
Jadi sekarang Yun Zhou mengetahui alasan yang sebenarnya. Kejadian sekarang ini seperti nya telah dirancang dengan hebat sekali dan dia juga mengetahui bahawa pusaka emas sakti yang akan mengamuk ketika tidak dapat menemui kembarannya adalah bohong semata-mata. Dia hampir mati mendengarkan perkara tersebut. Tentang memikul tanggungjawab yang besar juga adalah bohongan juga dia hanya perlu menggunakan pusaka itu dengan baik dan tidak salah dalam menggunakan nya.
Geram Yun Zhou apabila dia mengetahui semua perkara tersebut. Dia berasa seolah-olah sedang dipermainkan.