Pendekar Jiwa Naga

Pendekar Jiwa Naga
TULANG NAGA ASLI


Walaupun misteri dibalik pusaka emas sakti telah diketahui oleh Yun Zhou tetapi dia masih ingin menjelajahi dunia tersebut secepatnya dan berharap untuk menemukan pusaka yang satu lagi yang dikatakan dipegang oleh ras naga. Dia berharap agar bisa bergerak seperti dulu lagi kerana selain menyusahkan ia juga memalukan apabila dia memerlukan bantuan orang lain untuk menyingkirkan kotoran dari tubuhnya.


“Hei pak tua tolong lah aku ini. Cepat masukkan tulang makhluk itu kedalam tubuhku.”


“Eh! apakah kau yakin. Tulang asli kau saja masih belum sembuh sebanyak 30%. Biar ku peringatkan jika aku memasukkan tulang naga itu kedalam tubuhmu sekarang kemungkinan kau akan mati kerana kesakitan.”


“Aku tidak peduli lagi. Aku mau berjalan lekas lakukan aku akan menahan segala rasa sakit itu. Akan ku buktikan bahawa rasa sakit tidak mampu untuk membunuhku.”


“Sungguh keras kepala kau ini. Baiklah akan ku leburkan dulu tulang naga itu.”


Pemilik makam dikenali sebagai Shi Shui dan juga seorang yang sangat teliti dalam pekerjaan nya. Lalu dia pun menyalakan api yang bewarna putih untuk meleburkan tulang naga tersebut. Yun Zhou dapat merasakan bahawa api itu bukanlah api yang biasa kerana suhu nya saja bisa terasa dari jauh.


Biarpun begitu tulang naga asli bukanlah hal yang remeh kerana mereka sangat lah kuat dan kukuh. Dengan api yang sekuat itu masih memerlukan banyak masa untuk meleburkan nya. Semasa proses peleburan sedang dijalankan tulang naga itu tidak berhenti mengeluarkan aura yang mencengkeram biar pun sudah kering. Itu menunjukkan bahawa kuatnya seekor naga yang merupakan makhluk suci itu.


Yun Zhou kemudian nya dibantu oleh tiga orang murid pemilik makam yang dia pernah bertarung dahulu untuk memulihkan kondisi luar fisik nya. Mereka mengobati luka melecur Yun Zhou dan juga manaruhkan beberapa simbol kepada badan Yun Zhou.


“Apakah kegunaan simbol ini? ”


“Simbol ini akan membantu kau untuk menyerap tulang naga itu.”


Setelah menunggu selama dua hari hanya bagian kaki dari tulang naga asli saja yang mencair dan Shi Shui sudah mulai letih. Lalu dia pun duduk untuk berehat, walaupun mereka itu roh tetapi mereka juga akan tetap merasa penat jika menggunakan kekuatan mereka melebihi batas mereka.


“Ok. ”


Lalu Yun Zhou pun dibaringkan didalam sebuah panci besar yang mempunyai nyalaan api dibawahnya. Yun Zhou jelas kaget kenapa dia diletakkan didalam panci tersebut. Dia berteriak dengan kuat.


“Hoi, apakah kau ingin merebus aku ini. Kalau begitu aku akan mati sebelum merasai kesakitan dari tulang naga itu. Cepat keluarkan aku keadaan mulai memanas. ”


Namun teriak Yun Zhou tidak di dengarin oleh sesiapa pun kerana didalam panci tersebut mempunyai sebuah formasi sihir yang berfungsi untuk menahan bunyi dari dalam untuk keluar. Itu kerana akan sangat bising apabila mendengar teriak apabila Yun Zhou sedang menyerap tulang naga asli tersebut. Satu cecair merah pekat pun dituangkan kedalam panci tersebut.


Habis ber asap tubuh Yun Zhou apabila terkena cairan tersebut kerana kepanasan. Rupanya itu adalah darah naga. Yun Zhou menjerit dengan kuat sekali ketika darah naga yang panas itu mulai memasuki tubuhnya. Kemudian disertakan pula dengan tulang naga asli yang cair setelah Yun Zhou berjaya menyerap kesemua darah naga tersebut.


AARRRRGGGGHHHHHHHHHH.......


Kesakitan kali ini memang kesakitan yang sangat menyiksa kerana Yun Zhou sama sekali tidak dibenarkan untuk menggunakan kekuatan tenga dalamnya. Keadaan itu terus berlangsung selama satu hari penuh sebelum Yun Zhou berjaya menyerap kesemua tulang cair itu.


Pada akhirnya Yun Zhou berjaya berdiri semula namun dia juga masih belum baikan kerana menderita efek dari kekuatan tulang naga yang tidak lengkap. Tulang naga itu seolah-olah mengamuk dan cuba untuk mengambil kesedaran Yun Zhou lalu Yun Zhou seperti orang gila keluar dari panci tersebut dan membantai apa saja yang dilihatnya. Semua yang ada disitu berundur dengan cepat menjauhi daripada nya.


YuSue sangat kasihan apabila melihat tuannya terpaksa menahan kesiksaan apabila dia cuba melawan tulang naga yang telah memasuki badannya itu. Lalu Yun Zhou pun mendekati bagian tulang naga yang lain dan membuka mulutnya. Terkejut semua yang melihat kejadian itu apabila melihat Yun Zhou sedang memakan tukang naga yang kuat itu seperti mengunyah nasi. Mereka sedar bahawa itu bukanlah Yun Zhou tetapi itu adalah semangat naga yang tinggal didalam tulangnya.