
SEMINGGU SETELAH ITU :
“Raja Naga Pengubah Takdir bisa membuatkan aku pergi ke tempat lain dengan cepat, tapi kenapa sekarang aku tidak bisa menggunakan nya untuk pulang sudah seminggu aku berada di dalam hutan yang membosan kan ini.” Yun Zhou sedikit menyesal kerana tidak dapat menggunakan RAJA NAGA PENGUBAH TARDIR sekali lagi dan dia juga tidak mengetahui tempat yang dia datangi itu. Tetua Mo telah mati akibat meledakkan dirinya tetapi Yun Zhou masih hidup kerana sebelum dia membawa tetua setan itu bersama, dia telah melindungi dirinya dengan tenaga dalam. Ketika ini dia sedang berada di suatu tempat yang tidak diketahuinya dan terdampar jauh di dalam hutan misterius.
SEMENTARA ITU DI KEKAISARAN JIA:
Di kekaisaran Jia, Yun Zhou menjadi isu hangat perbincangan di mulut pendekar-pendekar sama ada dari aliran putih maupun aliran hitam. Dia menjadi sosok yang tidak di kenali namanya tetapi dia juluki dengan berbagai julukan sama seperti sebelumnya dia mempunyai julukan sang pembawa pesan kematian kini dia di kenali sekali lagi dengan julukan DEWA PENGHAUS DARAH.
Ramai yang menyebutnya dengan panggilan itu kerana bekas pertarungan dia dan sekte kecil Setan masih berbekas dan darah yang di tumpahkan oleh nya tidak meresap masuk kedalam tanah walaupun sudah seminggu sehingga membusuk. Ramai pendekar yang menyempatkan diri untuk datang melihat tempat pertarungan tersebut termasuklah Yun Cheng yang datang dengan wajah yang biasa saja walaupun terkesan sedih mendengarkan khabar anaknya mati mengorbankan diri demi penduduk kota. Dia lebih memilih untuk merasa bangga kerana anak nya sanggup melakukan suatu perkara yang tidak mungkin orang lain mampu untuk lakukan sebelum akhir hayatnya.
YUN ZHOU:
Dia belum sembuh sepenuhnya sama ada dari segi fisik dan juga tenaga dalamnya. Setelah lama berjalan dia merasakan bahawa hutan itu sepertinya tidak terbatas dan memilih untuk terbang namun tenaga dalamnya masih belum mencukupi lalu dia memutuskan untuk mencari sumber daya dahulu untuk mengisi tenaga dalamnya.
Dia terkejut dengan apa yang dilihat dengan mata kepalanya sendiri apabila melihat sebatang pohon yang pendek di penuhi oleh buah anggur bewarna kekuningan yang dikenali sebagai anggur raja. Anggur Raja mampu untuk meningkatkan kekuatan otot dan juga tenaga dalam seseorang dalam beberapa lingkaran namun cukup untuk nya seorang apabila mengingatkan anggur itu berbuah yang sangat banyak.
“Jika aku mengkonsumsi semua buah anggur ini setidaknya aku dapat mengisi semula semua tenaga dalam ku. Hutan ini tidak begitu buruk nampaknya. ”Lalu dia pun duduk bersila dan mengkonsumsi semua buah anggur raja tersebut sehingga habis. Dia memerlukan waktu sebanyak dua hari untuk menghabiskan semua anggur tersebut.
“Jika di hutan ini mempunyai anggur raja yang sangat terkenal dan langka sebanyak ini, kemungkinan akan ada sumber daya yang lebih baik lagi di hutan ini. ” Yun Zhou pun larut dalam imajinasinya. Dia kemudian nya menyelusuri hutan tersebut lebih dalam lagi untuk mencari sumber daya yang lain.