
Ketika mendapat tahu bahawa Yun Zhou dilindungi oleh keluarga Mu, Mui Fan merasa amat marah. Dia tidak menyangka bahawa akan mempunyai dua musuh sekali gus ditambah lagi musuhnya itu berseteru. Lalu dia memutuskan untuk menghancurkan bisnis keluarga Mu dahulu. Mereka menurunkan harga barangan di pasaran menyebabkan penduduk kota semuanya tertuju di pasar milik keluarga mereka.
“Tuan, perniagaan kita semakin merosot kerana kekurangan pelanggan. Semua pelanggan kini tertuju di pasar milik keluarga Mui.”Bawahan Mu Zheng datang memberi tahu keaadan perniagaan mereka yang semakin merosot itu.
“Nampak nya keluarga Mui benar-benar ingin memulai perang dengan keluarga ku.” “baiklah kalau begitu kita akan menurunkan harga barangan kita lebih rendah dari mereka.” Mu Zheng pun tidak ragu-ragu dalam membuat keputusan demi menjaga reputasinya.
“Nanti dulu saudara Mu, tidak perlu tergesa-gesa menurunkan harga barang. Aku akan membantu perniagaan keluarga mu. ” Yun Zhou akhirnya bersuara. Lalu dia menjelaskan bahawa dia akan membantu keluarga Mu mendapatkan koneksi dengan AOSASI ALKIMIA di kota itu.
“Tapi tuan itu terlalu mustahil, AOSASI ALKIMIA tidak pernah membina koneksi dengan mana-mana pihak sekali pun.”
Mu Zheng menjelaskan kepada Yun Zhou.
“Tenang saja pakcik, Abang Yun itu sangat licik orangnya. Rancangan nya pasti berhasil, aku jamin itu.” Gadis bernama Xiao Chui yang selalu diam tetiba bersuara, membuatkan Yun Zhou tersenyum melihatnya.
Yun Zhou meminta kertas dan tinta. Dia kemudian menuliskan sesuatu pada kertas tersebut, lalu meminta Mu Zheng menyerahkannya pada AOSASI ALKIMIA secepat mungkin. Tanpa membantah Mu Zheng pun menyuruh bawahannya menghantarkan surat tersebut ke AOSASI ALKIMIA.
“Wakil ketua Su, selamat datang ke rumah keluarga MU.” Mu Zheng pun menyambut, lalu menyuruh pelayan menyediakan teh.
“Ah, kepala Mu tidak perlu sungkan. Kedatangan kami berlima adalah berkaitan dengan perjanjian 10% saham AOSASI menjadi milik keluarga Mu, di samping itu kami akan membantu keluarga Mu dengan menyediakan sumber daya kepada pendekar keluarga Mu.” Wakil Ketua Su memang tidak berbasa basi, dia terus ke intinya tetapi Mu Zheng terlihat menggaruk kepala yang tidak gatal kerana gagal menghadam apa yang sedang berlaku hingga pihak AOSASI sedia membantu nya.
Melihat Mu Zheng yang masih bengong wakil Ketua Su pon menceritakan bahawa dia menerima sepucuk surat dari keluarga Mu beberapa hari lepas. Isi surat tersebut ditulis dengan tenga dalam dan tidak dapat dilihat oleh sesiapa pun. Surat itu mengatakan bahawa pihak AOSASI perlu sedia membantu keluarga Mui dengan saham yang dimiliki AOSASI sebanyak 10%. Kemudiannya kepala Su membuat perjanjian darah dengan surat tersebut untuk melihat isi selanjutnya. Terkejut bukan kepalang lagi wakil ketua Su apabila dia mendapati isi surat tersebut berisi teknik-teknik manyuling obat yang telah lama hilang seperti pil peremajaan, pil matahari dan pil bloody tempering. Kesemua teknik tersebut sangat mudah dipahami dan yang paling mengejutkan adalah semuanya berhasil dengan efektivitas 100% tanpa kotoran.
AOSASI saja masih belum berjaya menyuling pil dengan efektivas 100%. Itu yang membuatkan AOSASI sedia membantu keluarga Mui. Lalu mereka bertanya kepada Mu Zheng dimana dia mendapatkan teknik tersebut.
Mu Zheng pon menceritakan bukan dia yang menulis surat tersebut dan menjelaskan bahawa Yun Zhou yang menulisnya.
“Dimanakah pemuda itu sekarang, aku perlu berjumpa dengannya.” Pemuda yang dimaksudkan adalah Yun Zhou. Setelah berjumpa dengan Yun Zhou maka terbukalah mata Wakil Ketua Su hingga menyebabkan dia bernegosiasi dengan Yun Zhou dan sedia mengeluarkan lagi saham AOSASI kepada Yun Zhou sebanyak 10%. Selain mendapatkan saham Yun Zhou dan keluarga Mu mendapat perlindungan dari AOSASI dan sedia membantu apabila mereka menghadapi masalah.