
“Tuan Yun, apakah anda mempunyai waktu luang sekarang? Jika tidak keberatan ketua kuil ingin bertemu dengan anda secara bertantangan empat mata. ”
Seorang sami datang kepda Yun Zhou yang masih berada di dalam pengasingan kerana sedang menyembuhkan dirinya dari retak tulang di lengannya. Dia telah berada di pengasingan selama tiga hari berturut-turut. Kerusakan tulang nya yang berkualitas tinggi memang mengambil masa yang begitu lama untuk pulih tambahan pula dia bukanlah seseorang yang mempunyai teknik-teknik penyembuhan tingkat tinggi walaupun di masa lalunya.
Setelah sekian lama sami itu menunggu balasan dari Yun Zhou dia merasakan bahawa Yun Zhou masih belum pulih seperti biasa lalu memutuskan untuk pergi. Namun dia terhenti oleh persetujuan Yun Zhou untuk berjumpa dengan ketua kuil. Tanpa membuang masa sami tersebut pun memanggil ketua kuil untuk bertemu dengan Yun Zhou.
Tidak lama selepas itu....
“Salam tuan Yun, akhirnya kita bisa bertemu juga. Adalah suatu kebanggaan dapat bertemu dengan tuan ini. ”
Seorang sami tua datang ke arah Yun Zhou yang sedari tadi menunggu nya. Dilihat dari penampilannya agak sederhana namun hati Yun Zhou tidak menerima pandangan matanya itu. Setidaknya pria tua yang berada di depannya itu lebih kuat darinya yang sekarang.
““Maaf jika kerana tuan sendiri yang perlu datang untuk berjumpa dengan ku. Dan sekali lagi maaf untuk membuat mu menunggu selama beberapa hari lepas. ”
Yun Zhou memberikan hormatnya kepada ketua kuil dan mengepal tinjunya kehadapan dengan penuh sonpan santun kuatir jika berbuat salah.
“Ah, tuan Yun tidak perlu sungkan kerana tuan Yunlah yang membantu mempertahankan kuil ini dari serangan aliran sesat semasa aku dalam pelatihan pengasingan tempoh hari. ”
“Tuan Yun, aku secara pribadi ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana sanggup mempertahankan kuil kami yang berharga ini walaupun tuan ini adalah orang luar. Tidak pernah kami sangka kan bahawa yang menjadi penolong kami semua adalah orang luar yang hebat seperti mu. ”
Ketua kuil sekali lagi memberi hormat kepada Yun Zhou dan kini suaranya sedikit serak-serak kerana sangat terkagum dengan kehebatan yang dimiliki Yun Zhou. Sulit baginya membayangkan dia keluar dari pelatihan pengasingan dan melihat semua murid nya mati dan kuil nya hancur.
Kemudiannya dia mengambil sesuatu dari kain yang berbalut dengan kain emas. Lalu keluarlah sebuah kotak yang bewarna hitam yang telah dimakan usia.
“Tuan Yun ini adalah pusaka seribu kuil milik kami. Leluhur kami telah menjaga nya selama ribuan tahun sehingga kan giliran generasi kami pula untuk menjaganya. Namun kami tidak mempunyai hak lagi kerana pusaka ini telah menemui takdirnya. ”
Ketua kuil bercerita sejarah pusaka yang tersimpan di dalam kotak hitam tersebut sambil memberikannya kepada Yun Zhou. Lalu Yun Zhou lantas kaget dengan pemberian tersebut bahkan sebuah pusaka yang amat penting bagi mereka semua sehinggakan dijaga selama ribuan tahun ingin menyerahkan kepadanya begitu saja. Yun Zhou pun terlihat serba salah untuk mengambilnya lagi pula dia tidak tahu sama sekali kegunaan pusaka tersebut.
Melihat Yun Zhou yang ragu-ragu untuk mengambilnya lalu ketua kuil pun berlutut kepada Yun Zhou supaya menerima pusaka tersebut. Lagi bertambah kagetlah Yun Zhou sehingga kan tubuhnya bergetar begitu hebat mana mungkin dia akan membiarkan sosok yang baik dan hebat sperti ketua kuil berlutut kepadanya. Belum sempat dia meminta ketua kuil untuk bangun, kemudian semua anak murid yang berada di kuil tersebut datang dan berlututlah kepadanya. Merasakan tidak punya pilihan lain Yun Zhou pun menerima pusaka tersebut.
Setelah dia menerima pusaka seribu kuil itu dia disuruh untuk menitikkan darah di atasnya. Lalu setelah drah Yun Zhou dititikkan, pusaka tersebut bercahaya terang dan mengilang. Kemudiannya tubuh Yun Zhou terasa amat panas dan di penuhi dengan energi yang kuat. Sebuah tatto bercorak emas terukir di pergelangan tangan kanan Yun Zhou. Lantas itu para sami semakin percaya lah bahawa Yun Zhou adalah takdir bagi pusaka seribu kuil tersebut.
MAAF LAMBAT UP NYA SAYA TERLALU SIBUK HINGGA KE DEPANNYA. KEMUNGKINAN AKAN UPDATE SEHARI SEKALI.