
Yun Zhou terpana melihat tinggalan kuno yang banyak berupa koin emas dan juga koin yang di perbuatan dari permata. Gua tersebut tersangatlah mewah kerana dinding nya juga di perbuat daripada emas tulen yang menyilaukan mata.
Dia memerhatikan kesemua harta berharga tersebut dan menyimpan sejumlah banyak dari harta tersebut dalam cincin simpanan ruang dan waktu miliknya tetapi ruang yang ada sangatlah terbatas sehingga kan dia hanya mampu mengambil 2% sahaja dari kesemua harta tersebut.
Dia kemudian nya terlihat sebatang tiang yang amat besar yang diperbuat daripada giok yang penuh dengan ukiran. Pandangan Yun Zhou beralih kepada tiang tersebut dan mendapati bahwa ada tulisan yang berada di antara ukiran pada tiang tersebut.
AKU DITAKDIRKAN DENGAN SEBUAH PUSAKA,
PUSAKA DARI DUNIA LAIN,
BEGITU JUGA AKU YANG BUKAN DARI DUNIA INI,
AKU MEMEGANG SEBUAH PUSAKA DARI DUNIA KU YANG DIKENALI SEBAGAI PUSAKA EMAS SAKTI...
Yun Zhou terkejut setelah membaca tulisan tersebut kerana pusaka yang dimaksudkan oleh tulisan tersebut merupakan pusaka yang ada padanya dan pusaka yang ada padanya itu ternyata dari dunia lain. Dia terus membaca dan mendapati bahawa pusaka tersebut boleh memberinya kekuatan dan juga sebagai simpanan ruang & waktu yang tanpa batas.
Alangkah gembira nya apabila mengetahui pusaks tersebut bisa menyimpan sebanyak mana pun yang diinginkan olehnya. Lalu dia pun mengambil semua gunungan emas dan permata dan menyimpannya didalam pusaka. Jelas dia tidak memerlukan cincin simpanan lagi setelah memperoleh pusaka tersebut.
Sedang dia menyimpan semua gunungan harta berharga, tiba-tiba terdapat sebuah takhta yang di duduki oleh satu sosok tengkorak yang bertanduk di bawah gunungan harta tersebut. Tengkorak tersebut masih utuh cuma lengan kanannya sahaja yang hancur.
Dia pun mendekati tengkorak tersebut dan mendapati sebuah pesan yang di tinggalkan oleh tengkorak itu..
PUSAKA ITU PUSAKA KEMBARAN,
JIKA TIADA SALAH SATU DARIPADA NYA MAKA SANG PEMILIK AKAN MENERIMA TAKDIR YANG MENGERIKAN SEPERTI DIRIKU,
APABILA PUSAKA MENEMUI PEMILIK BARUNYA DIA AKAN MENCARI PASANGAN NYA,
PASANGAN NYA TIADA DI DUNIA INI DAN PERGILAH KE DUNIA ASALKU UNTUK MEREBUT SEMULA PUSAKA YANG SATU LAGI,
JIKA SANG PEMILIK GAGAL MENYATUKAN KEDUANYA DALAM TEMPOH LIMA TAHUN PUSAKA TERSEBUT AKAN MENGAMUK DAN MEMAKAN ENERGI KEHIDUPAN PEMILIK NYA, KETIKA ITU TERJADI TIADA APA PUN YANG DAPAT DAPAT MENYELAMATKAN MU DARI KEMATIAN....
Bergetar jiwa Yun Zhou setelah membaca pesanan tersebut. Dia tidak mau mati terlalu muda memandang kan tempoh yang dia ada hanyalah lima tahun untuk hidup Dia memandang sosok yang sudah mati tersebut dan memahami alasan kenapa lengan kanannya hancur.
Disebalik kegelisahan nya dia melihat sosok mayat tersebut menunjukkan suatu arah sebelum dia mati. Lalu Yun Zhou pun mengikuti arah telunjuk yang ditujukan oleh tengkorak tersebut.
Dia mengikuti telunjuk yang diberikan oleh tengkorak tersebut sehingga menjumpai sebuah peti yang diperbuat daripada kayu yang kelihatan masih kukuh walaupun sudah lama berada disitu.
Dia lantas membuka peti tersebut dan mendapati ada sebuah buku batu yang berat dan sulit untuk diangkat beserta dengan sebuah petunjuk buatnya menuju ke dunia yang dimaksudkan oleh tengkorak tersebut.
Yun Zhou melepaskan nafasnya yang tersa berat kerana dia perlu pergi ke dunia lain yang tidak diketahui nya untuk mencari lagi satu pusaka kembar bagi pusaka emas sakti. Menurut petunjuk yang dia dapat kan dia perlu mencari sebuah lingkaran sihir dan melengkapi nya dengan darahnya dan buku batu tersebut sebagai panduan ketika dia berada didunia tersebut.
Dia kemudian membaca isi buku batu tersebut. Dunia yang perlu ditujui oleh dirinya mempunya banyak kaum seperti kaum demon, kaum manusia, kaum naga, kaum dwarf dan juga kaum peri. Dunia yang perlu ditujui oleh nya ternyata bukanlah dunia biasa. Dia juga gagal mengetahui bagaimana kah rupa fisik kaum di dunia tersebut selain daripada kaum manusia.