
Kisah ini diceritakan oleh seorang seniorku ketika masih di asrama. Kisahnya adalah seperti berikut.
Aku ketika itu masih junior, tinggal di asrama 1 bersama junior-junior yang lain. Kami sedang lepak bersembang ketika itu.
Tiba-tiba, kami dikejutkan dengan suara jeritan. Rupa-rupanya, para senior kami melakukan prank hantu.
Seorang prank pocong, seorang lagi prank pontianak. Habis kecoh 1 asrama kerana kebanyakan dari mereka yang merasa ketakutan terhadap hantu.
Aku ketika itu, hanya terdiam saja kerana terkejut dengan hal itu. Meskipun setelahnya baru ku sedar, ternyata kami di prank.
Seketika beberapa minit kemudian, ada yang menyedari bahawa mereka di prank oleh abang senior.
Elok situasinya ada jeritan ketakutan, berubah jadi kemarahan kerana di prank segitu rupa. Aku hanya ketawa melihat mereka.
Identiti si prank: yang prank pocong nama Hadi, sedangkan yang membantu meraihkan prank tersebut namanya Muaz.
Yang sedang bersembang denganku bertanya padaku: "Kau dah tau ke yang diorang ni tengah prank hantu?"
Aku langsung menjawab seolah hal tersebut adalah hal biasa: "Haah, itu pun lambat juga aku sedar. Tu yang aku diam kejap, cuba memahami apa yang berlaku."
Setelah itu, kami sambung sembang semula hingga jam menunjukkan hampir pukul 12 malam.
Jadi kami pun mulai tidur setelah selesaikan hajat seperti buang air kecil ke tandas, ambil wuduk dan lainnya.
Seketika setelah prank tersebut, Muaz dan Hadi kembali ke asrama mereka. Yang berada di hujung kerana kebanyakan untuk pelajar yang usia di atas 17 tahun.
Mereka pun seperti kami yang di asrama budak-budak, bersembang dulu baru tidur tapi mereka lebih lama.
Jika kami(budak-budak) tidur malam itu pukul 12, mereka(dewasa) pula tidur malam itu hampir pukul 1.
Jadi kami lakukan seperti biasa, ada yang buat adab sebelum tidur kerana ingin tidur. Aku pun begitu.
Tanpa kami ketahui, di asrama 4 ada kejadian seram yang akan berlaku pada 2 orang anggota mereka yang menakuti kami budak-budak.
Setelah mereka tutup lampu untuk tidur, hampir kesemuanya sudah lelap dibuai mimpi termasuk si Hadi.
Muaz juga yang menakuti kami ketika di asrama 1. Tak tahu apa yang mengganggunya hingga membuatnya susah tidur.
Setelah beberapa lama termenung, si Muaz ini semakin hairan kerana biasanya dia akan langsung lelap jika termenung di atas katil tanpa berbuat apa-apa.
Tetapi kali ini matanya seolah semakin segar, malah membuatnya makin susah tidur. Kerana itu, dia memilih untuk minum air terlebih dahulu.
Mungkin setelahnya dia boleh tidur, begitulah yang difikirkan Muaz langsung naik dari katilnya untuk minum air kosong.
Setelah minum air, Muaz pun berbaring kembali mencuba untuk tidur. Kali ini dia merasa mungkin boleh tidur.
Ketika memikirkan yang dia boleh tidur, Muaz malah melihat sesuatu yg mungkin tak masuk akal. Itu adalah suatu sosok berbungkus kain putih.
Seketika Muaz berfikir itu adalah teman sebelahnya iaitu Hadi yang masih bermain-main, jadi Muaz langsung mengingatkannya untuk tidur dengan berkata :
"Hadi, tidurlah. Dah pukul berapa ni." begitulah Muaz mengingatkan Hadi.
Tetapi yang membuatkannya terkejut adalah sosok itu tidak bergerak sedikit pun setelah diingatkan. Muaz berfikir Hadi permainkan dirinya.
Jadi Muaz mengingatkan sekali lagi dengan katanya :
"Hadi, sudahlah-"
Sebelum dia menghabiskan kata-katanya, Muaz terdiam kerana sangat terkejut. Kerana dia menyedari temannya sebelahnya sudah terlelap.
Jadi dia berfikir : 'Jika dia dah tidur, lalu yang tengah berdiri ni..?'
Muaz langsung bungkus dirinya dengan selimut setelah menyedari bahawa yang sedang berdiri itu, bukanlah temannya si Hadi tetapi sosok pocong yang sebenar.
Keesokan hari, Muaz menceritakan hal itu pada salah seorang temannya yang dianggap berani dan berpengalaman.
Petangnya, Muaz langsung demam sehingga 3 hari kerana terlalu terkejut dengan apa yang dialaminya.
*********Tamat*********