Kumpulan Kisah-kisah Seram

Kumpulan Kisah-kisah Seram
PENAMPAKAN BOLA API TERAPUNG


Kisah ini berlaku kepada penulis sendiri iaitu aku ketika baru tahun pertama duduk di sekolah tahfiz. Ketika itu aku masih berusia 13 tahun 3 bulan lebih. Sila ikuti jalan ceritanya ya!


******


Pada malam sabtu, setelah puas bersembang dengan teman satu asrama sambil makan biskut, aku melihat jam sudah hampir pukul 12 tengah malam.


"Okeylah korang, aku nak tidur dulu sebab jam nak dekat pukul 12." kata aku pada mereka semua.


"Hmm, haahlah nak pukul 12. Okeylah kami pun nak tidur jugak." balas salah satu dari mereka.


Kami pun bubar kerana ingin tidur. Aku pun mula merebahkan tubuhku di katil untuk segera tidur setelah buat adab tidur.


Setelah beberapa minit berbaring, aku pun mula tertidur. Seketika terasa beberapa jam sudah berlalu sebelum bermimpikan sesuatu yang cukup aneh dan terjaga.


"Haaa, mimpi apa siot yang aku tengok tadi? Pelik betul je rasa." aku sedikit mengeluh setelah terjaga.


Kerana merasa susah untuk tidur semula, aku pun bangun dari katil untuk melihat jam sudah pukul berapa.


Setelah hampir dengan jam, baru aku boleh melihat kerana tengah malam cukup gelap, jadi aku tak ingin ada yang terganggu jika aku buka lampu.


"Ehhh, dekat pukul 02:30 pagi? Haihhh, payahlah aku nak tidur balik." mengeluh lagi aku setelah melihat jam.


******


Setelah beberapa minit puas pusing-pusing dalam asrama, aku pun memilih untuk keluar asrama untuk ambil angin.


Kebetulan ketika itu, aku merasa ingin buang air kecil. Jadi aku langsung turun dari asrama untuk ke tandas.


Setelah beberapa minit kemudian, aku naik kembali ke asramaku untuk sambung semula termenung.


Seketika setelah naik, aku pun sambung termenung di hadapan asrama seperti yang diinginkan sebelumnya. Kali ini aku termenung sambil menghadap ke arah gelanggang futsal di sebelah bangunan asrama.


Setelah hampir 20 minit termenung, aku mulai merasa bosan. Ingin teman bicara, tak sanggup untuk aku mengejutkan seseorang yang sedang tidur dengan alasan itu.


Jadi, aku memilih untuk termenung di atas katil sahaja dulu. Kerana, kebetulan pada malam itu udaranya mulai terasa dingin yang cukup membuatkanku hampir merasakan tubuhku menggigil.


Tak lama kemudian, aku pun melihat jam. Ingin mengetahui sudah pukul berapa setelah termenung di atas katil. Jam menunjukkan sudah pukul 03:45 pagi.


Setelah melihat jam, aku memilih untuk keluar dari asrama untuk termenung sambil ambil merasakan angin malam.


Setelah hampir 20 minit, aku tiba-tiba merasa ingin melihat ke arah surau yang berhadapan dengan asrama.


Jadi, aku pun melihat ke arah surau tersebut. Seketika setelah aku melihat ke arah surau, aku merasakan ada yang ganjil.


Perasaan tersebut terus menghantui hatiku. Jadi aku memilih untuk mencari apa yang ganjil, demi menghilangkan perasaan tersebut.


Sesaat kemudian, aku pun melihat sesuatu yang terapung di udara. Aku pun cuba untuk lebih fokus melihat ke arah itu, mencuba mengetahui apa sebenarnya yang sedang terapung itu.


Setelah beberapa lama, aku pun merasa hairan melihatnya. Kerana pada pandanganku itu, aku melihat yang sedang terapung itu persis api yang berbentuk bola.


Dikeranakan pula, api itu bukan hanya 1 tetapi 3 bola api yang dapat ku lihat. Kenapa aku mengatakan ianya adalah bola api?


Kerana ia punya bentuk seperti bola, jika kalian melihat api kalian pasti tahu nyalanya seperti apa. Begitulah aku ambil kesimpulan, ia adalah 3 bola api.


Pada awalnya aku fikir ada orang yang sedang buat unggun api atau seumpamanya. Tapi setelah cuba mencari, tiada satu orang pun yang ada di sekitar kawasan yang terlihat bola api itu.


Jadi aku memilih untuk tidur dan bertanya kepada senior kami yang tidur di asrama bawah surau pada keesokan harinya mengenai bola api itu.


Ternyata tiada satu pun yang mengetahui apa itu. Jadi aku memilih untuk bertanya pada seniorku yang lain, yang sedikit sebanyak punya pengetahuan tentang ini yang bernama Ilyas.


"Liyas, kau tahu tak apa tu?" tanya aku padanya setelah menceritakan hal tersebut.


"Hmm, aku tak pasti lah To(nama panggilanku semasa di sana). Mungkin jin yang kebetulan singgah kat situ." balas Ilyas setelah mendengar kisahku.


"Ok Yas, terima kasih sebab sudi dengar." ucap aku.


"Sama-sama." balas Ilyas.


\*\*\*\*\*\*\*\*\*\*\*\*\*\* Tamat \*\*\*\*\*\*\*\*\*\*\*\*\*\*\*