Kumpulan Kisah-kisah Seram

Kumpulan Kisah-kisah Seram
KISAH KEPALA TERBANG


Kisah seterusnya diceritakan juga oleh temanku, mohon dibaca ya.


Pada satu malam iaitu malam Ahad, temanku yang dipanggil Bani sedang berjalan-jalan selepas solat Isya'berjemaah di surau.


Bani ketika itu merasa bosan, jadi dirinya memutuskan untuk berjalan-jalan di sekitar madrasah kami mulai dari surau, tandas berdekatan surau, bangunan kelas dan asrama serta kawasan ta'am tempat kami biasa makan.


Kami pelajar yang lain ada yang di surau, duduk sambil sembang kosong. Ada juga lepak di dalam asrama dan ada juga yang pergi makan di warung terdekat.


Malahan, aku (Kimi) ikut bermain permainan bernama Police Entry. Kerana ramai dari kami yang bermain permainan tersebut, meskipun hanya di atas jalan tar sahaja tetapi kami tak keberatan.


Kerana jadi cabaran bagi kami agar tidak mudah jatuh, hanya dikeranakan jalan tar yang kasar. Kami mulai bermain daripada pukul sekitar 9:50 malam hingga 10:30 malam.


Setelah puas bermain, aku pun naik ke asrama untuk berehat. Bahkan dari kami ada yang pergi mandi kerana peluh saat bermain. Aku memilih untuk berehat saja di bawah kipas agar peluh di tubuhku hilang.


Setelah peluhku hilang, aku langsung pergi ke katilku untuk tidur tetapi mataku masih terbuka lebar. Mungkin masih kepenatan yang membuatku susah tidur, jadi aku termenung di atas katil sehingga aku melihat Bani masuk asrama dalam keadaan yang gelisah.


Aku tak ingin mengganggunya, jadi aku langsung tidur dan memikirkan untuk bertanya pada esok hari, apa yang terjadi padanya malam ini.


Keesokan harinya, aku melihat Bani mengantuk ketika solat subuh. Setelah ceramah subuh itu, aku pun mengikutinya kerana ingin bertanya apa yang terjadi padanya malam tadi.


Sampai di asrama, aku pun mulai bertanya kepada Bani mengenai kejadian yang menimpanya malam tadi. Bani meminta agar kumpul di kelas agar lebih mudah untuk bercerita.


"Ada apa yang terjadi kat kau malam tadi, Bani?" Tanya aku.


"Aku nampak penanggal malam tadi terbang ke tempat banat, aku pulak waktu tu on the way ke ta'am. Patah balik la aku bila nampak penanggal tu." Balas Bani.


"Aku pun menyorok la dekat tembok nak ke tandas, sambil intai takut-takut penanggal tu pusing belakang ke tak. Lepas tu penanggal tu hilang bila aku dah naik tangga." Tambah Bani lagi.


Kami yang mendengar cukup terkejut, lagi-lagi aku yang tak pernah mendengar kisah penanggal ini. Mereka yang lain ada yang sedikit takut bahkan ada yang teruja setelah mendengarnya.


"Padankan kau semalam cukup gelisah waktu di asrama, kau risau 'dia' ikut ke apa? Kalau 'dia' tak nampak kau, aku rasa tak masalah." Kataku.


"Kau pernah nampak hantu ke mi?" Tanya Bani.


"Kalau kau tanya, aku jawab tak pernahlah. Walaupun aku tak tahu kenapa." Balas aku.


Bani cukup terkejut kerana mendengar jawapanku, sebab aku tak takut jika mendengar kisah seram yang dialami orang lain.


Mereka juga terkejut kerana cukup kenal aku ini jenis yang macam mana. Selalu bertanya kepada orang lain, apakah mereka ada pengalaman seram atau pun pernah nampak makhluk 'hantu' ini.


- Kisah 2 Tamat -